Friday, November 11, 2011

Quality First

Dalam aktiviti hari-hari, meniaga, belajar, kerja dan apa-apa pun yg kita buat, semestinya kualiti yang amat penting yang perlu diutamakan. Berapa lama atau berapa banyak yang dihasilkan bukannya kayu pengukur. Tak mungkin untuk kita makan sebanyak mungkin nasi kalau nasi yg dimakan tu tak sedap. Tak mungkin untuk kita pergi ke tempat buang sampah kalau bukan kerana nak buang sampah. Begitulah nature manusia, ianya memang mengutamakan kualiti, tak kira apa dia sekalipun.

Tapi bila tang dia yang melalukan aktiviti itu, maka lain pulak jadinya, manusia ditambah dengan sifat malas, kurang nak concentrate dan macam-macm lagi yang negatif akan melakukan kerja secara sambil lewa dan kurang bersungguh. Jadi wal hasilnya, kualiti entah tak tahu ke mana.

Sebagai sumber motivasi diri sendiri, kita sebenarnya perlu buat kerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kualiti yang dihasilkan adalah berpuas hati. Agak payah untuk kita memperolehi persepsi orang bagi menilai kualiti sesuatu, jadi hanya diri kita yang boleh menjadi penila. Untuk itu, elok bagi kita menilai kerja yang kita lakukan sepuas hati kita. Andai kata hati kecik kita kata tak elok, maka kita buat lagi sehingga kita rasa puas hati.

Contohnya, bila kita buat assignment essay, memang susah untuk kita agak samada assignment kita ni dapat cemerlang atau tidak. Jadi sebagai kayu ukur, diri kita lah yang perlu nilai sama ada kita layak dapat A atau tidak. Kalu kita rasa memang layak dapat A, maka kita dapat ukur mutu kualiti yang kita hasilkan.

Untuk mendapat keupayaan menilai diri sendiri, ianya tak datang secara magic, tapi ia datang melalui pengalaman. Kita perlu dedahkan diri kita kepada contoh-contoh assignment terbaik ataupun apa-apa yang cemerlang, jadi pasti kita ada asas yang elok untuk jadi kayu ukur.

Terdapat sepotong hadith yang dinilai dhaif oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi yang berbunyi '( إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه ) bermaksud sesungguhnya Allah SWT suka apabila beramal seseorang daripada kamu dengan amalan yang tekun. Kaedah ketekunan ini adalah selaras dengan kaedah kualiti di mana sesuatu kerja yang berkualiti memang dihasilkan oleh kerja tekun. Tak mungkin untuk menjadi kerja kualiti kalu kerja yang dilakukan tu dibuat secara suka-suka sbb kita bukan buat pameran sirkus (kita nampak dia buat main-main tapi sebenarnya latihan yang dia buat fuhhhh memang dahsyat).

Akhir jom kita pakat buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan kita biarkan Allah sebagai Wakil Kita yang bakal menganugerahkan kerja dan hasil yang cemerlang.

No comments: