Friday, November 11, 2011
Nikmat Sabar dan Tawassul
Kekadang hati kita ni terasa dekat dengan Allah dan kekadang terasa amat jauh. Kekadang perasaan dekat tersebut dapat dirasai semasa memandu kereta, kekadang perasaan jauh juga berlaku semasa solat. Pendek kata, ianya sebenar tersentak bila mana hati kita ni memang mengharap untuk berdamping dengan Allah tidak kira samada atas tikar sejadah ataupun bukan.
Kekadang, hati kita ni tidak hadir semasa kita bersolat lantas bicara lisan tidak lagi sekata bahkan hati kita tidak sedar yang lisan sedang bertutur. Tutur bicara tatkala itu umpama gerak nafas yang berlaku tanpa perlu dihitung. Sukar untuk menghadirkan hati kecuali atas rezeki dan nikmat 'ikhlas' yang dicampakkan ilahi ke atas hati hambanya yang dipilih.
Kekadang Allah jadikan suasana yang menjadi penyebab untuk kita hadir kepadaNya. Kita ingat suasana itu adalah bencana dan ujian yang Allah datangkan untuk menguji iman kita namun sebenarnya, ia adalah nikmat yang Allah berikan agar kita pulang kepada Ilahi dengan ruh dan jasad, bukan lagi dengan rintihan yang dihafal namun dengan runtunan hati disertai dengan bicara lisan.
Pada waktu itu, Allah amat hampir, tidak ada sempadan, tidak ada birai, tidak ada benteng yang boleh menghalang untuk kita memohon dengan Al-Khalik. Tidak perlu bertawassul dengan sesapa, minta aje terus kepada Ilahi kerana Dia yang maha mendengar dan maha mengetahui.
وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون ( 186 ) )
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah 186
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment