Saturday, November 12, 2011

Bicara Muamalat oleh Encik Abdul Hadi Jusoh


Assalamualaikum wrt wbt,

Apa pandangan sahabat2 dalam isu muamalat berikut:

Saya terfikir bagaimanakah kesudahan sekiranya sesuatu transaksi pinjaman perumahan yang dibuat berasaskan Syariah daripada mana-mana institusi kewangan, tiba-tiba dikenakan 'late payment' secara konvensional (iaitu secara riba) oleh pihak penjual kerana pihak pembeli telah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan segala urusan yang berkaitan, tidak sebagaimana yang telah termaktub dalam perjanjian jual beli. Juga, dipihak lawyer atas yuran guaman yang tertunggak.

Juga saya memikirkan, apakah kaedah terbaik untuk meyelesaikan isu 'late payment' ini agar ianya selari dengan Syariah dan mencetuskan semacam 'win-win situation' kpd semua pihak.

Doa saya, agar bicara ini agak memberikan manafaat kepada semua.

Wassalam.

Komen :-

Hashim Ahmad Shiyuti:

Wsalam, isu 'late payment' ini memang nampak tidak adil dan tidak kena pada shariah kerana ianya berbentuk riba. Jumlah keseluruhan bayaran adalah jauh lebih tinggi daripada jumlah asas kontrak pembelian yang dibuat.

Walau bagaimanapun, Islam adalah agama yang menyeluruh. Sekiranya kita letakkan Islam sebagai asas semestinya skop perbicaraan adalah merangkul kedua-dua parti di dalam perjanjian. Sungguhpun terdapat scholars yang menyatakan Islam mementingkan mereka yang lemah, kaedah ini perlu dilihat daripada pandangan secara menyeluruh di mana kekadang gergasi dilihat sebagai individu yang lemah dan kuman dilihat sebagai haiwan yang berbahaya. Faktor kelemahan itu masih luas untuk dibacarakan.Jadi pada saya, kaedah 'late payment' sebagai 'ta'widh' boleh dikenakan sebagai denda terutama kepada mereka yang degil membuat pembayaran disebabkan oleh situasi-situasi yang disengajakan. Lantas Islam sebagai agama yang menyeluruh dapat diimplementasikan.

Friday, November 11, 2011

Nikmat Sabar dan Tawassul


Kekadang hati kita ni terasa dekat dengan Allah dan kekadang terasa amat jauh. Kekadang perasaan dekat tersebut dapat dirasai semasa memandu kereta, kekadang perasaan jauh juga berlaku semasa solat. Pendek kata, ianya sebenar tersentak bila mana hati kita ni memang mengharap untuk berdamping dengan Allah tidak kira samada atas tikar sejadah ataupun bukan.

Kekadang, hati kita ni tidak hadir semasa kita bersolat lantas bicara lisan tidak lagi sekata bahkan hati kita tidak sedar yang lisan sedang bertutur. Tutur bicara tatkala itu umpama gerak nafas yang berlaku tanpa perlu dihitung. Sukar untuk menghadirkan hati kecuali atas rezeki dan nikmat 'ikhlas' yang dicampakkan ilahi ke atas hati hambanya yang dipilih.

Kekadang Allah jadikan suasana yang menjadi penyebab untuk kita hadir kepadaNya. Kita ingat suasana itu adalah bencana dan ujian yang Allah datangkan untuk menguji iman kita namun sebenarnya, ia adalah nikmat yang Allah berikan agar kita pulang kepada Ilahi dengan ruh dan jasad, bukan lagi dengan rintihan yang dihafal namun dengan runtunan hati disertai dengan bicara lisan.

Pada waktu itu, Allah amat hampir, tidak ada sempadan, tidak ada birai, tidak ada benteng yang boleh menghalang untuk kita memohon dengan Al-Khalik. Tidak perlu bertawassul dengan sesapa, minta aje terus kepada Ilahi kerana Dia yang maha mendengar dan maha mengetahui.

وإذا سألك عبادي عني فإني قريب أجيب دعوة الداع إذا دعان فليستجيبوا لي وليؤمنوا بي لعلهم يرشدون ( 186 ) )

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Al-Baqarah 186

Quality First

Dalam aktiviti hari-hari, meniaga, belajar, kerja dan apa-apa pun yg kita buat, semestinya kualiti yang amat penting yang perlu diutamakan. Berapa lama atau berapa banyak yang dihasilkan bukannya kayu pengukur. Tak mungkin untuk kita makan sebanyak mungkin nasi kalau nasi yg dimakan tu tak sedap. Tak mungkin untuk kita pergi ke tempat buang sampah kalau bukan kerana nak buang sampah. Begitulah nature manusia, ianya memang mengutamakan kualiti, tak kira apa dia sekalipun.

Tapi bila tang dia yang melalukan aktiviti itu, maka lain pulak jadinya, manusia ditambah dengan sifat malas, kurang nak concentrate dan macam-macm lagi yang negatif akan melakukan kerja secara sambil lewa dan kurang bersungguh. Jadi wal hasilnya, kualiti entah tak tahu ke mana.

Sebagai sumber motivasi diri sendiri, kita sebenarnya perlu buat kerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan kualiti yang dihasilkan adalah berpuas hati. Agak payah untuk kita memperolehi persepsi orang bagi menilai kualiti sesuatu, jadi hanya diri kita yang boleh menjadi penila. Untuk itu, elok bagi kita menilai kerja yang kita lakukan sepuas hati kita. Andai kata hati kecik kita kata tak elok, maka kita buat lagi sehingga kita rasa puas hati.

Contohnya, bila kita buat assignment essay, memang susah untuk kita agak samada assignment kita ni dapat cemerlang atau tidak. Jadi sebagai kayu ukur, diri kita lah yang perlu nilai sama ada kita layak dapat A atau tidak. Kalu kita rasa memang layak dapat A, maka kita dapat ukur mutu kualiti yang kita hasilkan.

Untuk mendapat keupayaan menilai diri sendiri, ianya tak datang secara magic, tapi ia datang melalui pengalaman. Kita perlu dedahkan diri kita kepada contoh-contoh assignment terbaik ataupun apa-apa yang cemerlang, jadi pasti kita ada asas yang elok untuk jadi kayu ukur.

Terdapat sepotong hadith yang dinilai dhaif oleh At-Tabrani dan Al-Baihaqi yang berbunyi '( إن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه ) bermaksud sesungguhnya Allah SWT suka apabila beramal seseorang daripada kamu dengan amalan yang tekun. Kaedah ketekunan ini adalah selaras dengan kaedah kualiti di mana sesuatu kerja yang berkualiti memang dihasilkan oleh kerja tekun. Tak mungkin untuk menjadi kerja kualiti kalu kerja yang dilakukan tu dibuat secara suka-suka sbb kita bukan buat pameran sirkus (kita nampak dia buat main-main tapi sebenarnya latihan yang dia buat fuhhhh memang dahsyat).

Akhir jom kita pakat buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan kita biarkan Allah sebagai Wakil Kita yang bakal menganugerahkan kerja dan hasil yang cemerlang.