Wednesday, April 18, 2012

Hudud : Rawatan atau Pencegahan

Hadis Ubadah Bin Al-Samit dalam perbincangan mengenai ‘perjanjian’ menyebut mengenai hudud, sama ada ianya satu rawatan atau pencegahan.

Secara kasarnya daripada hadith tersebut, hudud adalah merupakan ‘balasan’ berdasarkan kepada hadith Rasulullah SAW yang berbunyi :-

(ومن أصاب من ذلك شيئا فعوقب به – أي : فعوقب به في الدنيا-فهو كفارة له) زاد أحمد : (له) وكذا هو للمصنف من وجه أخر، يعني : البخاري رواه في وجه أخر بزيادة : (فهو كفارة له) في باب: المشيئة من كتاب التوحيد، وزاد: (وطهور) يعني: كفارة وطهور

Sesiapa yang melakukannya, maka dia akan dibalas dengannya, iaitu dibelas dengannya didunia – iaitu balasan baginya) Ahmad menambah (dengannya), begitu juga dengan jalan yang lain , iaitu : Al-Bukhari yang diriwayatkan dengan tambahan (ianya adalah balasan baginya) pada bab : ‘Al-Mashiah Kitab Al-Tauhid, dan ditambah (dan dibersihkan) iaitu : balasan dan pemurnian.

Berkata Imam Al-Nawawi secara umum mengenai ini berdasarkan firman Allah yang berbunyi :

(إن الله لا يغفر أن يشرك به (– النساء: 48

Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa orang yang menyekutukanNya

Seorang yang murtad (iaitu yang keluar dari Islam) yang dijatuhkan hukuman mati dan hukuman matinya itu adalah bukan merupakan balasan. Ini kerana Allah tidak mengampuni dosa mereka yang menyekutukannya. Seseorang yang telah menerima balasan hudud ianya dibangkitkan di akhirat kelak adalah bersih daripada kesalahan yang dilakukan. Ini adalah berlawanan dengan hukuman murtad di mana pelakunya yang tidak kembali kepada Islam akan dibangkitkan di akhirat kelak sebagai seorang yang kafir. Seorang yang murtad sekiranya bertaubat dan kembali kepada Islam, dia tidak akan dihukumkan dengan hukuman ‘hadd riddah’.

Sebagai sokongannya, diriwayatkan oleh Muslim daripada Tariq Abi Al-Ash’as dari Ubadah bahawa apabila seseorang itu mati kerana hukuman murtad , dia tidak dikenakan hukuman ‘had/hudud’ ini kerana istilah yg digunakan adalah 'daripada kamu' yang bermakna daripada kamu wahai kaum muslimin dan golongan murtad adalah bukan dari kaum muslimin

Qadi 'iyad berkata : ramai ulama berpendapat hudud adalah merupakan balasan dan ada juga setengah daripada mereka tidak memihak kepada mana-mana samada ianya adalah balasan atau sebaliknya.

Berdasarkan pendapat di atas, dapatlah kita fahami bahawa menegakkan hudud yang disyara'kan Allah SWT adalah merupakan rawatan dan pencegahan. Pencegahan kepada masyarakat umum dari melakukan kesalahan dan rawatan bagi mereka yang melakukannya daripada mengulangi kesilapan yang sama.

2 comments:

0xff said...

bagus Tuan Hashim. Teruskan menulis!

Hshiyuti said...

Insya Allah sy teruskan