Kelas Hadith
for Professionals (Siri 5 - pg 11 - 13, Kitab Mustalah Hadith Karangan Syeikh
Ibn Uthaimain):-
Hadith dari
sudut penyampaian dari satu individu kepada individu yang lain terbahagi kepada
dua iaitu :
(a) Mutawatir
(a) Mutawatir
(b) Ahad
Hadith
mutawatir ialah apa yang diriwayatkan oleh sekumpulan (jama'ah) yang mustahil
pada kebiasaannya untuk berlaku pembohongan
Hadith
mutawatir terbahagi kepada :
(a) mutawatir
dengan lafaz dan makna
(b) mutawatir
dengan makna sahaja
Terdapat dua
faedah untuk mengenali hadith mutawatir ini iaitu :
(a)bagi
tujuan ilmu, mengenali hadith yang sahih dr sudut penakalannya dan nasabnya
(b) bagi
tujuan amalan sekiranya perkhabaran itu adalah berkenaan dengan ibadah
Hadith ahad
didefinisakan sebagai hadith selain daripada hadith mutawatir
Kategori
kedua hadith selepas mutawatir ialah hadith Ahad
Hadith Ahad
ini terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu :-
(a) Al-mashhur ; apa yang diriwatkan oleh 3 orang
dan lebih tetapi tidak mencapai had mutawatir.
Contoh hadith
dalam kategori ini ialah, sabda Nabi SAW : المسلم من
سلم المسلمون من لسانه ويده
Hadith
yg diriwayatkan di dalam sahih albukhari, kitabul iman.
(b) Al-aziz ; apa yang diriwayatkan oleh 2 orang
sahaja
Contoh hadith
ialah, sabda Nabi SAW :
لا يؤمن أحدكم حتي أكون أحب إليه من ولده ووالده والناس أجمعين
Hadith yg
diriwayatkan di dalam sahih albukhari, kitabul iman
(c)
Al-Gharib ; apa yang
diriwayatkan oleh 1 orang sahaja.
Contoh
hadith ialah, sabda Nabi SAW :
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوي......(الحديث)
Hadith ini diriwatkan oleh Nabi SAW kepada Umar
bin Alkhattab sahaja, dan dari Umar kepada Alqamah bin Waqqas, dan Alqamah bin
Waqqas kepada Muhammad bin Ibrahim At-taimi, dan dari Muhammad bin Ibrahim
At-taimi kepada Yahya bin Said Al-ansari dan dari Yahya bin Said Al-ansari kepada
orang-orang lain yang ramai.
Kemudian,
hadith Ahad dikategorikan kepada 5 martabat iaitu :-
(a) Sahih lizatihi (sahih pada zatnya)
(b) Sahih lighairihi (sahih disebabkan oleh yang
lain)
(c)
Hasan lizatihi (hasan pada zatnya)
(d) Hasan lighairihi (hasan disebabkan oleh yang
lain)
(e) Dhaif
No comments:
Post a Comment