Antara petanda bersyukur kepada Allah atas nikmatnya adalah dengan menyebut-nyebutkan nikmat tersebut, bukan dgn tujuan bermegah tp sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih.
Bukan setakat makhluk bernama manusia yg melakukan ini tp juga haiwan seperti lebah. Ini disahkan oleh kajian yg dilakukan oleh zoologist bernama martin lindauer (1949). Beliau menemui bahawa lebah akan menari-nari kegembiraan dgn penemuan penempatan baru dan sumber makanan baru. Menari-nari sebagai komunikasi kepada yg lain akan nikmat tersebut.
Komunikasi kesyukuran bukan dibuat atas dasar kebanggaan dan kemegahan yg hanya dia yg mampu memiliki nikmat sedemikian tetapi ianya sebagai cetusan untuk menunjukkan bahawa pemurahnya Allah di dalam menganugerahkan hambanya dan gembiranya dia di atas penganugerahan tersebut. Bagaikan seorang yg sudah lama haus dibekalkan air lantas bagaimana gembira dan berterima kasihnya dia kepada si pemberi.
Allah swt berfirman di dalam surah ibrahim ayat 7 yang berbunyi
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ
Maksudnya :
Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatiKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
Bersyukur kepada Allah SWT adalah amalan yang mulia dan disukai Allah sehinggakan dengan perbuatan tersebut, seseorang itu akan memperolehi jaminan dr Allah akan pertambahan dan sekiranya kufur, ingatlah azab Allah itu amat pedih.
No comments:
Post a Comment