Banyak perkara yg kita anggap hak kita,
Masa kecil kita ingat basikal pertama yg dimiliki adalah segalanya tp bila besar basikal luput.
Bila pertama kali menjejaki kaki ke alam sekolah, kita ingat beg, baju, buku2 dan kwn2 baru adalah segalanya tp bila besar segalanya menjadi ingatan/memori.
Bila mula menduduki peperiksaan2 besar dan memperolehi keputusan yg baik, kita ingat itulah segalanya tp ianya juga menjadi memori dan ingatan.
Bila menjejaki kaki di universiti, fuh besarnya dan matangnya diri ini, punya kehidupan kampus, punya kematangan pd bicara dan punya kehidupan yg perlu diteruskan. Tp mcm biasa alam berubah dan keindahan menjadi kenangan.
Fasa kehidupan berikutnya bermula dan berlalu. Seperti biasa keindahan dan kedukaan menjelma silih berganti.
Kini dpt dikenali, yg dimiliki hanya sementara sungguhpun nama jelas terpahat, terukir dan tertulis. Segala-galanya sementara, dan yg sementara ini akan ditinggalkan menuju kepada yg hakiki, selama-lamanya.
Di sana yg dibawa juga adalah yg kekal, yg tidak lusuh dimakan usia. Tp yg bersinar dgn ikhlas dan memancar dgn istiqamah.
Di sana yg dibawa adalah amalan ibadah dan redha Ilahi....
No comments:
Post a Comment