Tuesday, April 09, 2013

Sesalan


Sesal tanpa adanya masa adalah satu kerugian,
Sesal tanpa tindakan juga satu kerugian,
Sesal tanpa usaha adalah satu pembaziran,
Sesal tanpa taubat adalah satu kezaliman,

Sesal punca kelemahan,
Sesal punca tiada fokus,
Sesal menjadikan mayat kepada tubuh yang bernyawa.

Tetapi sesal atas kesilapan adalah ubat kesalahan,
Seperti ubat, sesal memerlukan masa kerana tanpa masa ubat tidak berkesan.

Punca kepada sesal seperti punca kepada penyakit, perlu dirawat, dibuang dan tidak diulang.....

SEMOGA SESAL HILANG SEBAGAIMANA HILANGNYA PENYAKIT PADA BADAN YG SIHAT

No comments: