Allah memberikan kita kepunyaan agar kita dpt menilai dan menghargai.
Menilai tentang erti harga sebuah pemberian dan menghargai sebuah makna memiliki.
Kita tidak punya kuasa untuk memiliki jika tidak diberi. Kita hanya menerima apa yang diberi. Tidak kira siapa kita, kita tetap penerima.
Tapi sungguh mulia jika penerima turut memberi kerana memberi tanda kesyukuran pada kenikmatan.
Tiada yg lebih baik dalam satu pemberian kecuali kesyukuran.
Tapi awas dalam memberi kerana ia boleh membawa kufur. Kufur bila memberi tanpa Allah di hati, memberi tanpa ihsan dan memberi bukan berkongsi.
Jadi memberilah kerana Allah dan menerimalah kerana Allah.
No comments:
Post a Comment