Sunday, May 19, 2013

Mengenali Isteri dan Suami

Dikatakan, lelaki dicipta dengan 70% akal dan 30% perasaan, dan wanita pula dicipta dengan 30% akal dan 70% perasaan.  

Jadi apabila berkahwinnya satu pasangan lelaki dan wanita maka sempurnalah 100% akal dan 100% perasaan hasil gabungan mereka berdua. 

Tapi ingat wahai wanita kerana tingginya akal si lelaki maka dia berperanan untuk memimpin keluarga. Tapi ingat juga wahai wanita kerana tingginya akal maka tinggi jugalah muslihatnya. 

Tapi ingat jugalah wahai lelaki kerana tingginya perasaan wanita maka dia amat sensitif. Diharapnya lelaki menerjemahkan perasaannya pada setiap detik. Selagi berdetik saat selagi itu ingin didengarinya. Kalau tidak dianggapnya perasaan sudah hilang. 

Tapi ingatlah wahai lelaki dan wanita, sesungguhnya akal ada tengkorak yang melindungi. Melindungi dari helah dan perancangan...dan ingatlah juga bahawa hati tidak punya apa yg melindungi, itulah puncanya hati tidak bisa menipu.....

No comments: