Tuesday, May 07, 2013

Pola Kehidupan


Kekadang kita tidak menyangka bahawa satu perubahan kecil yang kita lakukan sebenarnya memberi kesan rentetan yang besar.

Kita tidak menyangka kelambatan 5 saat yang berlaku telah menyelamatkan kita dari keterlibatan di dalam kemalangan jalan raya dan bencana. Juga kita tidak menyangka bahawa kelambatan 5 saat itu juga menyebabkan pola kehidupan kita berubah, berubah dari apa yang kita sangka baik untuk kita kepada apa yang terbaik untuk Allah. Dalam situasi ini redha adalah penting dan doa adalah penghubung antara yang lepas kepada yang mendatang.

Tetapi apabila selesai segala apa yang berlaku dan kita imbau kembali, disitu kita akan sedar bahawa perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Pengalaman yang diberi Allah adalah untuk mendidik kita. Allah berikan sakit dan susah untuk kita belajar erti kesabaran dan Allah berikan kesenangan adalah untuk mengajar erti kesyukuran.


No comments: