Friday, May 03, 2013

Tahajjud dan Komunikasi Dia dan Diri


Manusia sering berkomunikasi di dalam kehidupan. Mereka berkomunikasi dalam keadaan berdua, bertiga dan berkumpulan. 

Komunikasi akan menyebabkan hajat tercapai, yang terbuku dirungkaikan dan yang bahaya dapat dielakkan. 

Tapi manusia kekadang terlupa yang dirinya juga perlu berkomunikasi. Hati kecil dan aqal kekadang terabai untuk saling berkomunikasi. Akhirnya, hati kecil merajuk dan aqal bertindak tanpa pertimbangan. Maka terhasillah kekejaman, kezaliman dan keputusan yang membinasakan diri dan orang lain.

Pada kebiasaannya, hati kecil akan berbicara bersama aqal apabila diri dibiarkan bersendirian. Ini kerana dia tidak punya siapa utk berkomunikasi kecuali dia dan dirinya.

Islam menjadikan sepertiga akhir malam sebagai ruang bermunajat, bermuhasabah dan berfikir. Diwaktu ini, hati kecil dan aqal bersatu dan merayu kepada Allah azzawajalla tentang segala keperluan dan hajat. Di waktu ini, hati dan diri mengiktiraf kelemahan dan kekurangan.

 إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَاخْتِلاَفِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لآيَاتٍ لِّأُوْلِي الألْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ قِيَاماً وَقُعُوداً وَعَلَىَ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذا بَاطِلاً سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.. الآيات


Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali-Imran : 190 – 191)



No comments: