Lembu diikat dengan tali dan manusia pula
diikat dengan janji, begitulah ungkapan pepatah melayu dalam menunjukkan betapa
pentingnya janji di dalam kehidupan. Lembu yang tidak diikat adalah terbiar dan
amat menyusahkan, hinggakan ada yang dibunuh kerana 'keliarannya' memasuki dan
meranapkan kebun tanaman masyarakat setempat. Namun lembu yang diikat dikira
patuh akan tuannya dan 'mendengar kata'. Lembu diikat dengan tali kerana tiada
baginya aqal dan iman, yang ada hanya nafsu dan mahu.
Tapi bagi manusia, mustahil diikat dengannya
tali kerana manusia empunya aqal, hati dan iman. Manusia diikat dengan janji
kerana pada aqal lahirnya janji, pada hati janji diingati dan pada iman janji
ditunaikan. Berbeza manusia dengan haiwan kerana pengikat haiwan adalah
terbelenggu, berbelit dan menyusahkan. Halal dan haram tiada sempadan, baik dan
buruk tiada terbahagi yang penting si haiwan tidak terlepas dan talinya tidak
lucut. Tapi pengikat manusia ini adalah fleksibel kerana tapisan agama perlu
dilepasi, kesantunan adat perlu dijaga dan hak manusia adalah keterbatasan.
Jadi sudah pastinya janji adalah satu perkara penting yang perlu dibincangkan
dengan lebih terperinci di dalam skop kehidupan muslim.
No comments:
Post a Comment