Monday, July 01, 2013

Kamu Perisai Keluarga

Pokok yang mati biasanya dibuang,
Haiwan yang mati akan ditanam,
Insan yang mati akan disemadi,

Semua ini dibuat untuk mengelak yang hidup dari terganggu, yang mati dari berulat dan yang buruk dari berjangkit,

Begitu juga dengan kejahatan manusia, biarlah yang buruk bersemadi, yang berdosa ditutup dan yang silam tenggelam.

Biarlah kita menjadi pelindung aib dan pembangkang mungkar kerana terdapat hadith yang berbunyi...

المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمه، ومن كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته، ومن فرَّج عن مسلم كربة فرَّج الله عنه بها كربة من كرب يوم القيامة، ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيام

Hadith di atas menggambarkan bagaimana sikap seorang muslim sesama muslim di mana mereka saling tolong menolong dan bantu membantu. Hinggakan sekiranya terdapat aib mereka di atas dunia ini maka seorang muslim yang lain hendaklah melindungi aib sahabantnya itu dan bukan memalukannya.

Jadi sahabat jagalah aurat keluargamu dan pertahankanlah....

No comments: