Islam tidak mengiktiraf perjanjian di dalam perkara
yang haram yang membawa kepada kederhakaan seseorang itu kepada Allah SWT. Perjanjian-perjanjian
adalah merupakan kaedah atau alat bagi seseorang itu untuk mencapai sesuatu
tujuan. Andai tujuan yang ingin dicapai itu adalah haram maka secara tidak
langsung perjanjian yang diadakan juga akan menjadi haram sungguhpun kaedah
perjanjian yang dibuat itu telah memenuhi syarat-syarat perjanjian. Contohnya,
seorang pencuri, si A berjanji dengan si B untuk bertemu di Masjid Negeri
semasa azan Isyak dengan tujuan untuk mencuri kasut-kasut berjenama para Jemaah
masjid. Perjanjian ini telah memenuhi syarat ijab dan qabulnya serta mempunyai
saksi, namun tujuannya adalah haram maka secara tidak langsung perjanjiannya
juga adalah haram.

Walau bagaimanapun, perjanjian di atas
perkara yang halal dan baik juga boleh menjadi haram sekiranya terdapat di
dalam perjanjian itu unsur-unsur penipuan (maisir) dan ketidaktentuan (gharar).
Kedua-dua unsur ini akan mewujudkan ketidakadilan di dalam perjanjian dan akan
menganiayai salah satu pihak di dalam perjanjian tersebut. Mudahnya Islam
kerana perjanjian yang termetrai dan terlaksana secara Islami akan menjamin
keadilan dan kesamaan hak. Tidak ada yang akan teraniaya dan menganiaya.
Jaminan Islam adalah merupakan jaminan keselamatan.
No comments:
Post a Comment