Wednesday, September 25, 2013

Iman bertambah dan berkurang

Iman itu bertambah dan berkurang,
Ada ketika tinggi dan ada ketika rendah,
Ada ketika rajin dan ada ketika malas,

Ada ketika iman dirasa dan ada ketika iman macam biasa,
Ada ketika iman bergetar erat di lubuk hati,
Ada ketika hanya lidah yang berbicara iman tapi hati tegar umpama keladi,

Berbicara dosa umpama pahala,
Berlaku maksiat umpama ibadat,
Dosa pahala seolah tiada rasa,

Bila dosa dan maksiat sudah biasa,
Alquran tidak lagi manis dibibir,
Tahajjud berat dan jauh,
Zikir hanya dibibir,
Hati keras membatu,

Lagi bimbang,
Bila fardhu semakin beradu,
Wajib semakin sedikit,
Haram semakin melaram....

Kekalkanlah iman itu walau sedikit,
Istaqamahlah ibadat walau sedikit,
Kerana benih walau sedikit,
Jika baik tumbuh kembali..insya Allah

No comments: