Monday, September 23, 2013

Trans-Pacific Partnership Agreement

Perjanjian adalah merupakan salah satu transaksi penting yang dilakukan oleh insan yang bernama manusia yang hidup secara bermasyarakat di dalam memenuhi segala kekurangan individualistik dan sara diri. Dengan kata lain, kekurangan individu secara singularnya dan satu-satu masyarakat secara majmuknya dapat disempurnakan dengan adanya transaksi perjanjian. Satu pihak akan menjadi pelengkap kepada pihak yang lain ibarat seekor burung yang empunya dua sayap yang saling lengkap sesama mereka seolah-olah telah termetrai satu perjanjian sefahaman untuk kedua-dua sayap tersebut saling berfungsi bagi memastikan tuannya dapat berterbang bebas di angkasaraya. Pendek kata, perjanjian adalah antara prasyarat penting yang akan mengikat mereka yang berjanji bagi mencapai apa yang telah dipersetujui.

Perjanjian Trans-Pacific Partnership (TPP) adalah merupakan satu perjanjian yang pada ketika ini adalah melibatkan sebelas (11) buah Negara yang terdiri daripada Brunei, Chile, Singapura, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru, Vietnam, Malaysia, Mexico dan Kanada (Yang kedua akhir dijangka memasuki perjanjian ini pada 2012). Komposisi Negara-negara yang terlibat adalah terdiri daripada Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Australia serta membangun seperti Malaysia. Perjanjian ini dijangka akan memberi peluang yang besar kepada anggota untuk meluaskan jangkauan ekonomi di mana sempadan Negara tidak lagi menjadi halangan untuk meluaskan pasaran perniagaan. Namun, adakah peluasan sempadan perniagaan ini tidak akan membawa kesan yang buruk kepada mereka yang terlibat?.

Asasnya, kerjasama melalui perjanjian ekonomi adalah bertujuan untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara dan masyarakat yang terlibat dengan mengharmonikan kerjasama dagangan peringkat antarabangsa (eksport dan import) bagi mengoptimumkan keperluan masing-masing. Agar lahirnya kesejahteraan ekonomi secara bersama, dari segi memudahkan mobilasi sumber ekonomi, modal, kepakaran dan teknologi serta pasaran. Ini dilakukan dengan menghapuskan atau setidak-tidaknya memudahkan sekatan-sekatan perundangan di peringkat lokal dan global. Dengan kemajuan komunikasi dan teknologi, sempadan negara bukan lagi menjadi halangan serta jarak menjadi semakin dekat yang membolehkan transaksi berlaku dengan mudah dan cepat. 

Perjanjian ini juga bertujuan membina kekuatan bersama di antara mereka yang mempunyai kesamaan atau sekurang-kurangnya yang mempunyai kepentingan secara bersama supaya tidak mudah dibolosi oleh musuh dan lawan yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menghancurkannya melalui pelbagai cara. Ibarat seperti ‘sebatang lidi yang mudah dipatahkan, tetapi tidak apabila sudah seikat’. Bahkan pula, ia membawa manafaat kepada orang lain untuk dijadikan penyapu. Perjanjian ini jika dibuat di atas dasar agama, maka ia akan menjadi benteng kekuatan umat dan perisai penjaga maruah daripada musuh-musuh Islam yang Allah SWT berfirman dalam Surah as-Saff, ayat 4 yang bermaksud: 

“Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti satu bangunan yang tersusun kukuh” 
Islam tidak menghalang apa jua bentuk atau dengan siapapun kerjasama ekonomi ingin dilaksanakan asalkan asas yang paling utama adalah  takwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benarnya, yang merupakan jalan kejayaan ekonomi yang hakiki di dunia dan di akhirat. Dan, ia dilaksanakan dengan penuh berakhlak berdasarkan muamalat Islam. Firman Allah SWT dalam Surah ali-Imran, ayat 102 yang bermaksud: 

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati kecuali dalam keadaan Islam” 
Perjanjian takwa membolehkan ianya berlaku dengan adil dan saksama di mana jaminan kesaksamaan akan berlaku dan terlaksana. Tiada golongan yang akan mengambil kesempatan di atas yang lain kerana ketakwaan sebagaimana Saidina Ali ra menyebut, ianya akan memenuhi empat (4) syarat iaitu : 
Ketakutan kepada (Allah) yang maha mulia.
Beramal dengan yang diwahyukan. 
Mempunyai perasaan cukup dengan apa yg sedikit. 
Dan persediaan bagi hari perjalanan (hari perhintungan). 

Perjanjian TPP ini dikira sebagai inovasi terkini di dalam urusan perjanjian komersial antarabangsa di mana ianya dijangka mengambilkira segala perkembangan terbaru di dalam sistem perdagangan antarabangsa seperti kemunculan internet, kesedaran kepada kepentingan alam sekitar dan pelbagai lagi. Secara kasarnya, perjanjian ini tampak gah di dalam menangani isu-isu yang merentas sempadan tetapi bagaimanakah pula hak-hak Negara tersebut dalam menentukan hala tuju mereka.Sebagai contohnya, peristiwa krisis matawang yang berlaku pada tahun 1997, di mana Negara di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir telah mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan ‘currency pegging’ di mana kadar tukaran wang ditetapkan dan tidak bergantung kepada mana-mana matawang asing dan ini telah membantu Negara terkeluar daripada kancah ekonomi dengan lebih cepat. Sekiranya perjanjian diikat dan hak kawalan matawang sendiri disekat, maka sudah pasti agak sukar untuk sesuatu Negara memulihkan kekuatan ekonomi dari dalam.

Perjanjian TPP ini dijuarai oleh Amerika Syarikat sebagai kesinambungan kepada momentum globalisasi dan perdagangan tanpa sempadan yang telah dipeloporkan oleh mereka semenjak beberapa abad sebelum ini. Walau bagaimanapun, Amerika Syarikat sendiri telah memperkenalkan pelbagai tariff dan undang-undang perdagangan sebagai ‘defensive measure’ di dalam menghadapi gejala yang telah dipeloporinya sendiri. Mereka memperkenalkan ‘The Federal Buy American Act , 1933’, ‘The Merchant Marrine Act’, ‘The Pessenger Vessel Services Act’ dan banyak lagi. Undang-undang ini dikira sebagai benteng dan perisai kepada syarikat di dalam pertempuran perdagangan, manakala sokongan kepada globalisasi dikira sebagai mata pedang yang terhunus untuk Amerika Syarat memasuki benteng musuh di dalam menceroboh kekuatan ekonomi lawan. Sudahkah Negara kita bersedia dengan perisai dan benteng yang utuh dan kuat di dalam menghadapi senjata-senjata musuh yang terhunus.

Berdasarkan pro dan kontra yang telah disebut, perjanjian TPP bakal memberikan impak yang positif kepada pembangunan ekonomi negara dengan syarat ianya dilaksanakan dengan berhati-hati dan tidak membenarkan sekali-kali kedaulatan negara digadai dan dipertaruhkan. Penulisan mencadangkan beberapa perkara perlu diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan mereka yang terlibat di dalam perjanjian sebagai garis panduan asas. 
Antaranya ialah : 
Memastikan perjanjian ini tidak akan menghalang kepada optimasi pengeluaran produk-produk dalam negara. 
Memastikan produk dalam negara akan mempunyai kelebihan di dalam memanfaatkan peluang pasaran yang lebih luas. 
Memastikan pra syarat yang lebih memuaskan dan memudahkan dalam membenarkan produk dan perkhidmatan dalam negara dipasarkan di pasaran yang lebih terbuka. 
Memerhatikan dengan lebih terperinci kondisi dan persyaratan secara satu persatu dan mengekstrak terma-terma yang diragui untuk diperbincangkan secara lebih teliti. 
Melibatkan lebih ramai ahli daripada pelbagai lapangan di dalam penggarapan perjanjian untuk membolehkan analisa yang lebih tajam dan menyeluruh. 
Mendefinisikan makna dominasi dan monopoli dengan tujuan mengekangnya daripada terjadi dan menular.
Memberi tempoh masa yang secukupnya bagi membolehkan segala terma diberi perhatian dan kajian secara menyeluruh.
Diberi sekurang-kurangnya satu (1) tahun kepada negara-negara yang terlibat untuk melakukan percubaan (trial run) ke atas terma-terma yang diputuskan dan dibenarkan perubahan ke arah kebaikan ke atas terma-terma perjanjian yang kabur dan memerlukan penyesuaian. 
Negara Malaysia yang agama rasminya ialah Islam perlu meneliti terma-terma perjanjian berdasarkan dua tapisan utama iaitu yang pertama ialah kepentingan Negara dan bangsa serta yang kedua ialah kepatuhan kepada Syariah Islamiyyah. Kepatuhan perlu dibuat secara menyeluruh iaitu patuh kepada kepentingan Negara, bangsa dan agama.

5 comments:

The Dollar Crisis said...

Sir,

Many benefits are derived from trade between nations. However, the trade system that evolved following the collapse of the Bretton Woods
System produces very serious side effects as well as benefits.

In fact, the existing trade arrangements are destabilizing the global economy by creating economic bubbles, banking crises and deflationary pressures. These problems have arisen because international trade has become so unbalanced.

The United States is buying $1 million a minutes more from the rest of the world than the rest of the world is buying from the US.

Sir,

The United States’ deficit makes the United States the world’s engine of economic growth. However, the United States must finance this
deficit by issuing credit. Credit expansion on such a large scale is creating a global credit bubble. It is also unsustainable.

The United States will not be able to finance such large deficits forever. When the US deficits return to equilibrium, a severe and protracted global recession is likely to ensue unless policy makers can devise a new source of global aggregate demand to replace
that which is currently being provided by the US current account deficit.

Hshiyuti said...

you my be correct from the US perspective but been the developing nation, this TPP Agreement will disturb the local expansion since so call developing need to develop their internal strength before being thrown to the see fighting for life...

MOHD RIZAL JAAPAR said...

Assalamualaikum Tuan,

Perjanjian TPP bakal menggalakkan campurtangan asing dan bukanlah jawapan terbaik untuk menyelesaikan masalah di Malaysia.

Syarikat asing bakal memdapat peluang yang saksama atau mungkin lebih berbanding syarikat tempatan.

Perjanjian TPP akan mengakibatkan kegagalan ekonomi yang lebih dahsyat daripada sistem kroni kerana, ruang dan fleksibiliti bagi para penggubal dasar dalam membentuk halatuju ekonomi Malaysia berlandaskan kepentingan rakyat kemungkinan besar akan mengecil dengan drastik sekali.

Tuan perlu ingat bahawa kejayaan syarikat-syarikat besar dari Jepun dan Korea Selatan adalah hasil kombinasi dasar afirmatif dan perlindungan.

Perjanjian TPP adalah cubaan Amerika Syarikat untuk mengekang pengaruh negara Cina, yang tidak terlibat dalam rundingan ini, di rantau Asia-Pasifik.

Sepanjang lima bulan pertama 2013, China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia (14.3%), manakala Amerika Syarikat (8.1%) berada di tangga kelima.

Hshiyuti said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diutarakan

Hshiyuti said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat yang diutarakan