Friday, October 11, 2013

Skim cepat kaya

Berpadakah untuk join apa2 sistem skim cepat kaya berasaskan produk atau tanpa produk, sekiranya kita merupakan antara orang terawal yang ditawarkan dengan skim tersebut?

Ada yang mengatakan berbaloi kerana pelabur terawal akan berjaya untuk mengaut perolehan sekurang2nya sama dengan jumlah pelaburan yang dibuat atau dengan bahasa akaun dipanggil breakeven.

Kami berpendapat TIDAK BERBALOI kerana :

(a) sistem piramid tersebut secara keseluruhannya tidak menjanakan apa2 nilai kepada sistem ekonomi. 
Pembayaran yang dibuat adalah lebih kepada sedeqah sekiranya pemberi sedar tentang pemberiannya, atau dirompak atau dicuri sekiranya pemberi terpedaya dengan ayat pemasaran mereka.

(b) Pendapatan yang diperolehi adalah tidak berbaloi kerana ianya bergantung kepada orang bawah untuk penjanaan perolehan kepada yang terdahulu. Pupus yang bawah maka terputuslah yang atas.

(c) berbaloikah kita untuk memperolehi pendapatan pada masa yang sama dihina dan dikutuk oleh orang lain atas ketidak redhaan pada pembohongan atau manipulasi fakta untuk menyebabkan mereka menyertai sistem yang ditawarkan.

(d) biasanya produk yang ditawarkan adalah produk biasa dan boleh didapati di pasaran luar dengan senang. Walau bagaimanapun, untuk memperolehi produk tersebut melalui sistem ini, seseorang itu hendaklah membayar dengan harga premium.

Terdapat lagi beberapa alasan lain untuk kita menjauhi sistem ini yang mana ianya hanya perangkap mereka yang ingin cepat kaya dengan mengutip keluar duit-duit sedia ada di dalam periuk nasi orang lain.

No comments: