Thursday, November 21, 2013

Apa Lagi Selepas Sabar

Menahan sabar tidak semudah berkata sabar,
Menahan adalah 'merasa' berkata adalah 'menyuruh rasa',
Menahan adalah di hati berkata adalah di lidah,

Sabar adalah menutup punca, mematikan amarah, memadamkan bara dan menyejukkan kehangatan,
Sabar jika cepat dibina dalam amarah umpama api dicucuh pada kertas basah,
Sukar hinggap dan susah menyala, tapi ingat, kalau dibiar  menyala, yang basah boleh kering, yang kering boleh hangus.
Jadi biarkan sabar terus basah...

Tapi 
Ke mana lagi selepas sabar?
Apa lagi selepas sabar?

Selepas sabar ialah sabar,
Penghujung sabar juga sabar,
Hilang sabar diganti sabar,
Kerana pada sabar ialah redha Ilahi...














No comments: