Monday, December 09, 2013

Coaching Session : URU$ FULU$



Masuk kandang kambing kena pandai mengembek,
Masuk kandang kerbau kena pandai menguak,
Masuk kandang bisness kena pandai MAIN DUIT…


Apakah dia Uru$ Fulu$?
Ianya adalah program sehari yang akan membincangkan tentang pengurusan kewangan :-
  1. Bagi perniagaan kecil-kecilan dan sederhana.
  2. Bagi urus tadbir kewangan rumah tangga.
  3. Bagi memastikan hutang piutang terurus.
  4. Bagi memastikan duit sedikit tapi cukup.
  5. Bagi memastikan hutang yang diberi dibayar.
  6. Bagi memastikan tujuan utama keuntungan dapat dicapai.
  7. Bagi memastikan kita bukan menjadi HAMBA FULUS.
  8. Bagi memastikan FULUS mendengar arahan.

Senario Biasa
"Setiap bulan jualan meningkat, tapi setiap bulan juga hutang meningkat, setiap kali jualan meningkat, fulus tak cukup nak beli barang, terpaksa berhutang sana sini, nak bayar terus tak ada duit, akhirnya semakin banyak jual semakin tinggi hutang terkumpul"..... BETULKER SEMAKIN BANYAK JUALAN SEMAKIN TINGGI KEUNTUNGAN KITA

"bila dah jual bukan reti nak bayar terus, semakin hari semakin meningkat, nak kutip liat, nak tak bagi customer kurang, bila dah bagi kita terperangkap"..... TAHUKAH ANDA TEKNIK-TEKNIK MENGUTIP HUTANG YANG PASTI ORANG TERASA SEKSA UNTUK TAK BAYAR

"tak apa kita swipe dulu, hujung bulan kita bayar, tak apa hujung bulan nanti bonus masuk, nanti bonus masuk kita bayar semualah, 'sales' bukan setiap hari, apa guna ada kad kredit kalau tak guna bila keadaan begini, bukannya sempat kena charge 'interest' pun, nanti bonus masuk kita bayar semualah"....CUKUP BULAN RASA SAYANG PULAK DUIT UNTUK BAYAR PENUH, BAYAR 5% CUKUP AJELAH....

"aku banyak ideal, aku yakin business aku boleh berjaya, tak ada lagi orang buat mcm yang aku nak buat ni" tapi betul ker ideal tu adalah yang terbaik, adakah benar IDEAL YANG TERBAIK AKAN MENGHASILKAN JUALAN YANG TERTINGGI?

"kalau nak berjalan biarlah berbekal, andai terkandas tiada berlapar, kalau nak meniaga biarlah bersedia, andai berjaya terus berjaya" TAHUKAN ANDA BAGAIMANA UNTUK BERSEDIA DALAM MENIAGA

"aku nak meniaga sebab aku yakin meniaga akan memberi kebebasan" TAPI SUDAHKAH AKU MENGETAHUI BAHASA-BAHASA PERNIAGAAN.

TAHUKAH ANDA BAHAWA PERNIAGAAN JUGA MEMPUNYAI BAHASANYA YANG TERSENDIRI, UNTUK MENGUSAI PERNIAGAAN MAKA KUASAILAH BAHASANYA....


Latar Belakang
Jom belajar Uru$ Fulu$ bersama Hashim Bin Ahmad Shiyuti, Pengarah Urusan Zee’s Industries Sdn Bhd. Berpengalaman di dalam industri perbankan, construction, F & B, pendidikan dan konsultansi selama lebih sepuluh (10)

Pendidikan
Berkelulusan MBA (Islamic Banking & Finance) dan Ijazah Perakaunan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sesi-sesi yang telah dilaksanakan ialah:-
1. Pembentang bagi 5th Islamic Banking, Accounting and Finance (IBAF), USIM, Nilai, Negeri Sembilan.
2. Pembentang bagi 4th International Accounting Conference and Student Research Forum, Jakarta, Indonesia.
3. Panel Usrah Muamalat Anjuran Daya Fikir Solutions dan Kolej Darul Hikmah Sesi 2013
4. Panel bagi ‘Accounting for Engineer Session’ di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Dapatkan maklumat lanjut dengan email
igloomama@gmail.com atau hashim.hasic@gmail.com atau Whatsapp/SMS : URUS FULUS ke 019-2491201 atau 019-2391201



No comments: