Bisness perlu dibuat dengan perancangan, ada yang bertulis dan ada tanpa bertulis.
Bisness adalah umpama satu perjalanan yang dibuat di malam hari yang gelap gelita, tanpa bulan, bintang, lampu dan cahaya. Perancangan pula adalah lampu dan peta yang akan digunakan sebagai pedoman yang akan membantu di dalam gelap. Ada kalanya peta tidak sama dengan realiti kerana peta hanya sama ketika ianya dilukis manakala realiti pula sentiasa berubah mengikut keadaan dan masa.
Andai ianya berubah maka si musafir (bisnessman) hendaklah pandai membaca peta tersebut dengan merubah dan menyesuaikan bentuk alam sekitar sesuai dengan peta yang dimiliki. Begitulah ibaratnya perancangan perniagaan bagi seorang usahawan, ianya berperanan untuk menyuluh kegelapan dan menunjuk jalan, andai realiti perniagaan adalah tidak seperti dirancang maka bisnessman hendaklah pandai merubah dan menyesuaikan perancangan tersebut dengan realitiya.
Perancangan bukan bersifat exclusive dan tidak berubah tetapi ianya hendaklah flexible dan mudah laras. Perancangan tidak menyusahkan kerana dengannya hala tuju dan matlamat boleh dirancang. Gambaran kejayaan menjadi jelas dan matlamatnya menjadi pasti. Gagal untuk menyediakan perancangan adalah merupakan perancangan untuk menempa kegagalan. Namun, mempunyai perancangan bukan bermaksud pasti akan memperolehi kejayaan kerana perancangan hanyalah langkah pertama untuk mencapai kejayaan.
No comments:
Post a Comment