Monday, February 24, 2014

الحق لا يعرف بالرجال ولكن يعرف الرجال بالحق

الحق لا يعرف بالرجال ولكن يعرف الرجال بالحق


Kebenaran  tidak diketahui (dengan melihat) kepada siapa tuannya tetapi tuannya dilihat dengan kebenaran.


Kalimah di atas menjelaskan tentang kebenaran di dalam sesuatu perkara bukan dilihat pada kehebatan tuannya akan tetapi tuannya itu dilihat berdasarkan kebenaran yang ada. Contohnya, seorang ulama besar mengeluarkan satu fatwa sedangkan fatwanya tersebut tidak didasarkan kepada sandaran dan dalil yang kukuh, maka fatwa tersebut tidaklah boleh dijadikan hebat disebabkan oleh orang yang mengeluarkannya. Akan tetapi, kenalilah satu-satu hujjah berdasarkan 'kebenaran' yang mana ianya disandarkan kepada Al-quran, hadith-hadith, ijma' dan qiyas.


أقوال العلماء يستدل لها لا يستدل بها

Kata-kata ulama adalah dijadikan dalil baginya dan bukan dijadikan dalil dengannya.

Kata-kata ulama masih bukan menjadi hujjah yang muktamad kerana ianya tertakluk kepada pendalilan dan pembuktian yang benar. Pendalilan tanpa berdasarkan hujjah-hujjah yang hakiki dan hanya bersandarkan hujjah seseorang individu semata-mata adalah tidak mencukupi untuk menguatkan sesuatu pendapat. Untuk itu, analisa, penyelidikan dan kaji selidik hendaklah dilakukan bagi mereka yang mencintai kebenaran.

No comments: