Ada
ketika hujan membasah dan ada ketika cerah memancar,
Ada
ketika sejuk membeku dan ada ketika panas berkeringat,
Ada
gembira yang membawa kebahagian,
Ada
kecewa yang membawa keserabutan,
Kerana
bahagia manusia gembira,
Kerana
bahagia manusia senang,
Kerana
bahagia juga manusia menjadi lupa,
Kerana
bahagia jua manusia menjadi derhaka,
Kerana
sakit manusia derita,
Kerana
sakit manusia susah,
Kerana
sakit juga manusia menjadi bertahan,
Kerana
sakit jua manusia membina sabar,
Dalam
bahagia Allah memberi ,
Dalam
sakit Allah memerhati,
Dalam
terang semua jelas,
Dalam
kelam semua nampak,
Bagi
Allah, Tuhan Sekelian Alam,
Petanda
insan taat dia berdoa,
Petanda
insan yang berharap dia berdoa,
Petanda
insan yang takut dia berdoa,
Petanda
insan yang takwa dia berdoa,
Jadi,
Ayuhlah
berdoa,
ياحي ياقيوم
برحمتك استغيث اصلح لي شأني كله ولاتكلني الى نفسي طرفة عين
”Wahai (Allah) Yang Maha hidup, wahai Yang Maha berdiri sendiri
dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan, perbaikilah untukku seluruh urusanku
dan janganlah Engkau menyerahkannya kepadaku walau sekelip mata.”
No comments:
Post a Comment