Friday, February 07, 2014

Jumaat di Jakarta

Biasanya qailulah paling lena ialah ketika khutbah jumaat, lena selena lenanya hinggakan peluh disangkakan embun dan khutbah disangkakan kitaro, ia sungguh mendamaikan.

Salam khatib menjadi intro dan kalam khatib menjadi irama. Sedar-sedar 'aqiimussolah'.

Tapi hari ni berbeza kerana inilah jumaat pertama di Jakarta, Indonesia. Khatibnya GAGAL melenakan diri ini. Khutbahnya mantap, iramanya tidak senada, ada naik ada turun, ada nasihat, ada teguran. Ia sungguh asyik, mungkin kerana ini kali pertama tapi sungguh mengagumkan kerana tok khatib tidak punya lirik yang ada hanya ilmu di dada dan lidah yang fasih.

Masjidnya tidak se selesa biasa, tiada aircond dan tiada slide tapi isinya dan mesejnya luar biasa. Ingatkan hanya khutbah dalam bahasa arab sahaja yang mampu mengujakan tapi bahasa melayu juga mampu menggegarkan. Kalau tidak digegarkan dunia, sudah cukup untuk menggegarkan lena.

Jadi ayuh kita ambil iktibar daripada mereka kerana kita punya bahasa yang sama dan latar sejarah yang hampir serupa. Ayuh untuk kita merubah tok khatib kita untuk lebih berupaya menyampaikan mesej bukan sekadar melagukan lirik. 

2 comments:

Anonymous said...

Bapak Hashim,

Boleh kasi kupas sikit khutbah yang bapak dengar?

Apakah nasihat & mesej yang luar biasa itu?

Pembaca perlu ambil iktibar juga.

Oh ya ... bagaimana bapak ingin merubah tok khatib yang berkitaro?

Hshiyuti said...

isi khutbah hari tu adalah biasa didengari iaitu berkenaan golongan-golongan orang yang celaka. Dengan kata lain sebagai petanda-petanda orang-orang celaka iaitu seperti orang-orang munafik, yang melaksanakan kerja-kerja untuk menunjuk-nunjuk.

Mesej menjadi luar biasa bila isinya dapat diresapi oleh hati-hati pendengar.

perubahan boleh berlaku dengan tok khatib tadi diberi dengan dua pengisian iaitu :-
(a) latihan - pengisian atas kaedah penyampaian khutbah

(b) serapan ilmu - tok khatib perlu dibekalkan dan dilengkapkan dengan ilmu-ilmu seiring dengan khutbah yang akan disampaikan.