Tuesday, February 11, 2014

Kelebihan Bertaqwa

Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya yang terakhir yang berjudul Minhajul Abidin menyenaraikan kelebihan-kelebihan orang yang bertaqwa (m.s. 113 -116) adalah sebagaimana berikut:-

  1. Mendapat pujian dan sanjungan daripada Allah SWT.
  2. Mendapat penjagaan dan perlindungan dari musuh.
  3. Memperolehi sokongan dan kemenangan.
  4. Memperolehi keselamatan dan rezeki yang halal.
  5. Diperbaiki amal dan ibadat.
  6. Memperolehi pengampunan daripada Allah SWT.
  7. Dicintai oleh Allah SWT.
  8. Amalannya akan diterima Allah.
  9. Mendapat kemulian daripada Allah Azzawajalla.
  10. Memperolehi khabar genbira di dunia dan di akhirat.
  11. Selamat daripada api neraka.
  12. Mendapat anugerah kehidupan yang kekal di dalam syurga.
Kelebihan-kelebihan ini adalah merupakan faedah yang bakal diperolehi bagi mereka yang bertakwa. Mujahadah perlu dilakukan bagi menolak segala kelemahan dan kemalasan. Mujahadah ke arah takwa ini juga adalah merupakan usaha di dalam menolak segala serangan syaitan dan nafsu yang mana kedua-dua musuh utama yang wujudnya jarang disedari dan adanya kekadang disangka kawan dan teman.

No comments: