'Nun di hujung sana seorang tua'
Nun di hujung sana seorang tua,
Temannya sunyi dan usia,
Menanti dan menunggu mati,
Sungguh bahagia,
Andai mati syurga menanti,
Seksa dunia tamat terhenti,
Bahagia akhirat menjadi pengganti,
Namun,
Bagaimana utk dijamin syurga,
Jika Allah bukan akidahnya,
Tapi,
Bagaimana utk berakidah,
Jika serunya tidak diserah,
Dakwahnya tidak dipapah,
Isinya tidak diserlah,
Sungguh bertuah si tua itu,
Andai di hujungnya akidah berubah,
Dari iman yang tiada kepada ada,
Bertuah kerana sebelum lelap,
Datangnya sedar....
Si tua tetap tua,
Yang beza hanya anutan,
Adanya ke syurga dan tanpanya ke neraka...
P/s dedikasi buat si tua di hujung brogan
No comments:
Post a Comment