Kita ingat dengan mendapat sesuatu kita akan menjadi lebih hampir
dan taat kepada Allah. Kita jangkakan keimanan kita akan menjadi bertambah,
ketaqwaan menjadi semakin menebal dan kebajikan akan meningkat.
Tapi kita gagal memperolehi perkara tersebut lantas kita
menjadi layu, pudar dan lesu. Raja’ (pengharapan) kepada Allah menjadi
persoalan. Kalimah ‘kalau’ dan ‘andaikata’ menjadi biasa. Natijahnya diri
menjadi jauh dengan ibadah, hati menjadi penuh dengan syak dan wasangka,
ragu-ragu dan keserabutan menjadi mainan jiwa. Ibadah semakin kurang, zikir
semakin perlahan dan quraan semakin jarang.
Untuk itu, bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang,
redhalah dengan apa yang ditakdirkan dan beribadahlah bukan kerana mahu memiliki
tetapi buatlah kerana kita dimiliki oleh Allah Azzawajalla. Ikhlaskan hati dan
berusahalah…..
No comments:
Post a Comment