Thursday, January 08, 2015
Membantu Mereka Yang Inginkan Bantuan dan Bersedia Untuk Ke arah Yang Lebih Baik
Tuesday, January 06, 2015
Membantu ke arah Kebaikan dan Tidak Membantu Bahkan Mencegah Perkara Kemungkaran
Friday, December 26, 2014
Bersangka Baik Dengan Takdir Ilahi
Friday, November 07, 2014
Hati Sebagai Raja
Sunday, August 31, 2014
Aduan Imam Asy-Syafie
Saturday, August 23, 2014
Peranan Aqal
Kerana aqal diciptakan untuk bertadabbur dan memerhati, dan sungguh teruk bagi sesiapa yang diberikan lilin bagi (memanfaatkan) cahayanya, lalu dipadamkan cahaya tersebut lalu berjalan di dalam kegelapan.
Sunday, June 22, 2014
Masa Ciptaan Allah
Antara ciptaan Allah Azzawajalla yang hebat ialah masa dan waktu. Ia menjadikan ada yang luput dan ada yang akan.
Masa berjalan tanpa henti sehingga tempoh yang telah ditentukan. Tiada saintis, bomoh, pawang atau siapa pun yang mampu menghentikannya kerana semua mereka berada di dalam masa.
Masa tetap bergerak biarpun insan berhenti untuk bergerak. Masa tidak kenal panas mahupun sejuk, tidak kenal malam mahupun siang dan tidak kenal lama mahupun sekejap. Masa berlalu sekata.
Insan membina pengalaman adalah dengan masa, menambahkan ilmu juga dengan masa dan menambahkan bakti juga dengan masa.
Insan mengumpulkan dosa melalui masa dan menambahkan murka juga dengan masa.
Maka jadikanlah kebaikan dan keindahan bertambah bersekali dengan masa agar di kemudian hari ia menjadi kenangan yang juga kesan kepada masa.
Wednesday, June 18, 2014
Nanti Sebelum Mati
Mati tiba setelah habisnya 'nanti',
Setelah mati tidak bergunanya lagi 'nanti',
'Nanti' bakal pergi bersama mati,
Bertuah kita kerana masih punya 'nanti',
Kerana 'nanti' itu peluang sebelum mati,
Bakal merubah 'nanti' kepada 'menanti'
'Menanti' mati dengan diredhai,
Tapi berhati-hati,
Kerana 'nanti' kita hampir lupa mati,
Kerana 'nanti' rasanya seolah 'abadi',
'Nanti' diikuti kebaikan kekal abadi,
'Nanti' dengan berhenti kosong sunyi,
'Nanti' dengan maksiat neraka diisi......
Tuesday, May 20, 2014
Berjumpa Pula (Buya Hamka)
Sunday, May 18, 2014
Jiwa Insan
Tuesday, April 29, 2014
Apa itu Keselamatan
يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا النَّجَاةُ ؟ قَالَ : " أَمْلِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ , وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ , وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ " .
Wahai Rasulullah SAW, Apakah dia keselamatan, sabdanya : jagalah lidahmu, dan luaskanlah rumahmu, dan menangislah di atas kesalahan mu.
Tiga perkara yang perlu dijaga bagi memastikan keselamatan di dunia dan akhirat :
(1) Lidah hendaklah dijaga daripada menyebut dan berkata perkara yang tidak memberikan manfaat.
(2) Memperluaskan rumah (penginapan).
(3) Menginsafi dan menangisi di atas kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.
Saturday, April 19, 2014
Punca dan Sebab
Kalau berjuang biarlah bersenjata,
Kalau belajar biarlah berguru,
Kalau berjalan biarlah bertuju,
Kerana berjuang tanpa senjata,
Itu namanya buang ikhtiar,
Kerana belajar tanpa guru,
Itu namanya menempah kesesatan,
Kerana berjalan tanpa tuju,
Itu namanya dalam dilemma,
Kerana dalam hidup semua bersebab dan semua berpunca. Eloknya punca maka indahlah sebab. Jadi ayuh pertingkatkan punca (usaha) untuk memperindahkan keputusan (result)
Sunday, March 30, 2014
Insaflah Wahai Diri
Bila dosa tidak dirasa berat,
Bila pahala tidak dirasa berharga,
Bila wajib dirasa kosong,
Bila haram dirasa biasa,
Maka hati itu mati,
Maka jiwa itu kosong,
Maka aqal itu bodoh,
Maka diri itu basi,
Mati kerana hati itu sudah tidak hidup untuk merasa beratnya balasan atas setiap dosa yang dilakukan,
Kosong kerana jiwa itu alpa bahawa pahala itu lebih berharga daripada apa yang didambakan,
Bodoh kerana aqal itu tidak dapat membezakan kewajipan yang sebenar antara suruhan Tuhan dan acahan manusia,
Basi kerana dirinya sudah lupa bahawa tempatnya di neraka jika haram itu sudah menjadi kawan dan sahabat....
Insaflah wahai diri.....
Kasih Sayang Biarlah Melimpah
Kasih dan sayang biarlah melimpah,
Bila limpah ia tumpah,
Bila tumpah semua basah,
Kasih dan sayang biarlah lebih,
Bila lebih dia mengalir,
Bila mengalir yang kering basah,
Yang kontang subur,
Kasih dan sayang biarlah tidak ber-'had',
Tiada sekatan dan tiada tempoh,
Bukan benteng menjadi penghalang,
Bukan tebing menjadi pemisah
Resmi air,
Semakin banyak yang jernih,
Semakin pudar yang berwarna,
Semakin tinggi kasih dan sayang,
Semakin rendah amarah dan benci.
Sunnah Manusia
Dirinya kuat, rumahnya hebat, kenderaannya cepat,
Orang bila dikemuncak,
Dirinya hebat, rumahnya megah,
Kenderaannya tegap,
Orang bila berusia,
Dirinya dipimpin, rumahnya sayu,
Kenderaannya dipandu,
Orang bila tiada,
Dirinya hilang, rumahnya terbiar,
Kenderaannya terbengkalai,
Inilah makna 'haadith'/baharu seorang makhluk, penuh kelemahan dan penuh kekurangan.
Bicara Laut
Yg pergi ke tengahnya kekadang x kunjung pulang.
Yang bermain di tepiannya kekadang dijulang ombak hingga hilang
Yang melalui udaranya kekadang dirujuk tak datang
Yang takut dengannya tentu tak daya nak berenang
Tenggelamnya Firaun mengejar Musa A.S dek laut.
Api neraka disejukkan dengan laut.
Perumpamaan ilmu Allah dgn manusia juga laut
Suhu diseimbang dengan laut.
Air yang datangnya dari laut pulangnya juga ke laut.
Renjisan ombak, percikan tsunami peringatan Allah melalui laut.
Sang puaka dibuang ke laut.
Sang pujangga ilhamnya laut.
Senyapmu bukan lemah.
Ganasmu bukan sakti.
Engkau hijau, engkau biru bahasamu tetap sama, bisu.
Kerana bisu, dosa fitnah umpat, kamu bebas.
Rahsia, kamu simpan kejap tak terlepas.
Saturday, March 22, 2014
Hidup Dengan Ujian
Ada juga yang hidup bersama ujian,
Ada yang hidup bersama kesenangan,
Ada juga yang hidup bersama kepayahan,
Yang punya ujian hatinya suram,
Yang punya kesenangan hatinya ingin,
Yang punya kepayahan hatinya dingin,
Kesemuanya adalah anugerah,
Anugerah penghakis dosa,
Anugerah pengangkat darjat,
Anugerah peningkat ganjaran,
Berpadalah atas pujian,
Bersabarlah atas ujian,
Bersyukurlah atas kesenangan,
Bertenanglah atas kepayahan.
Thursday, February 27, 2014
Susah dan Doa'
Sunday, February 23, 2014
Selagi Belum Mati
Selagi tidak mati selagi itu kita punya peluang,
Selagi tidak mati selagi itu kita punya masa,
Selepas ketika datang ketika,
Ada yang berjaya dan ada yang belum,
Andai belum mati teruslah menjadi calon,
Kerana setiap calon bakal empunya peluang,
Peluang untuk berjaya, berubah dan menang,
Jangan rebah bila jatuh,
Jangan serik bila sakit,
Jangan sesal bila gagal,
Selagi itu peluang terbuka dan selagi itu yang kalah boleh menang.