Monday, March 10, 2014

Mensyukuri Nikmat Allah Azzawajalla

أحسنوا جوار نعم الله لا تنفروها فقل مازالت عن قوم فعادت إليهم
Berlaku baiklah dengan serpihan-serpihan nikmat Allah, Janganlah kamu mensia-siakannya. Jika ia hampir hilang dari suatu kaum, maka ia kembali kepada mereka.

Hadith ini dinilai dhaif disebabkan oleh salah seorang perawinya iaitu Al-Muqri sebagaimana dinilai oleh Al-Baihaqi.

Walaubagaimanapun dari sudut makna hadith ini adalah makbul (diterima), Ia mencadangkan tentang pentingnya untuk bersyukur di atas nikmat Allah sungguhpun ianya adalah sisa-sisa (lebihan) makanan. Contohnya sisa-sisa nasi yang tidak dilicinkan.

Al-Ghazali berkata "Perkara yang sangat berat adalah menghina setelah memuliakan, berpisah setelah bertemu dan hilangnya nikmat suatu kaum lantaran mereka tidak berlaku baik terhadap sisa nikmat kemudian mereka berharap nikmat itu kembali kepada mereka.

No comments: