Thursday, May 01, 2014

Hidup dan Bekerja

Hidup dan bekerja adalah saling kait mengait. Hidup tanpa kerja adalah satu kekurangan dan kerja tanpa hidup adalah satu perkara yang tak mungkin akan berlaku di dalam kehidupan seseorang. Kerja hanya akan berlaku bagi insan yang hidup dan terhenti bagi individu yang telah mati/meninggal. Oleh kerana itu, istilah 'tiada kerja' sepatutnya dipadamkan daripada mana-mana kamus kehidupan seorang manusia.

Setiap manusia yang hidup akan sentiasa bekerja sungguhpun pekerjaan itu tidak mendatangkan apa-apa manfaat ekonomi kepada si pelaku. Kerja-kerja ini ada yang bersifat sukarela dan ada juga yang bercirikan mandotori. Sukarela, di mana pekerjaan tersebut adalah bebas untuk dilakukan ataupun tidak. Kegagalan di dalam perlaksanaannya tidak akan memberikan apa-apa kesan langsung kepada si pelaku. Namun kejayaannya akan memberi impak positif kepada diri pelaku dan juga masyarakat sekeliling. Manakala, kerja-kerja mandatori adalah kerja-kerja wajib dilaksanakan oleh semua insan yang bernyawa.

Di dalam melaksanakan kerja-kerja di dalam kehidupan ini, Islam telah menggariskan beberapa nilai-nilai penting yang perlu diserasikan di dalam perlaksanaan kerja-kerja tersebut. Antaranya ialah:

  1. Ketekunan di dalam melaksanakan kerja - أن الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه 
  2. Konsisten walaupun ianya kecil dan sedikit - أحب الأعمال إلي الله أدومها وإن قل
  3. Bersungguh-sungguh ke arah kebaikan dan menjauhkan segala kemungkaran.
  4. Bekerja bukan semata-mata kerana manfaat dunia tetapi lakukannya sebagai salah satu cara untuk mentaqarrubkan (menghampirkian) diri kepada Allah SWT.
  5. Menjauhkan kesombongan dan penuh hikmah dan hemat. 

No comments: