Sunday, June 22, 2014

Masa Ciptaan Allah

Antara ciptaan Allah Azzawajalla yang hebat ialah masa dan waktu. Ia menjadikan ada yang luput dan ada yang akan. 

Masa berjalan tanpa henti sehingga tempoh yang telah ditentukan. Tiada saintis, bomoh, pawang atau siapa pun yang mampu menghentikannya kerana semua mereka berada di dalam masa.

Masa tetap bergerak biarpun insan berhenti untuk bergerak. Masa tidak kenal panas mahupun sejuk, tidak kenal malam mahupun siang dan tidak kenal lama mahupun sekejap. Masa berlalu sekata. 

Insan membina pengalaman adalah dengan masa, menambahkan ilmu juga dengan masa dan menambahkan bakti juga dengan masa.

Insan mengumpulkan dosa melalui masa dan menambahkan murka juga dengan masa.

Maka jadikanlah kebaikan dan keindahan bertambah bersekali dengan masa agar di kemudian hari ia menjadi kenangan yang juga kesan kepada masa.

No comments: