Tuesday, July 15, 2014

Akhlak Luaran Vs Akhlak Dalaman

Seolah-olah akhlak dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu akhlak dalaman dan akhlak luaran. Kedua-dua akhlak ini adalah saling berkait dan saling berhubung. Akhlak luaran adalah refleksi kepada akhlak dalaman yang mana ianya bagaikan sebuah gelas jernih yang luarannya akan tampak jelas tentang isinya. Jika putih akan nampak putih dan jika hitam akan jelas kehitamannya.

Akhlak dalaman perlulah diperelokkan dahulu demi mempunyai keseluruhan akhlak yang cemerlang kerana akhlak luaran akan mengikuti akhlak dalaman.

Antara akhlak dalaman yang perlu diusahakan ialah taqwa dan taqwa akan melahirkan amanah, jujur, ikhlas dan istiqamah.

No comments: