Monday, August 10, 2015

Mencari Selamat Di Dalam Memilih


  1. Di larang mencampakkan diri dan keluarga ke dalam lembah kehancuran.
  2. Perkara yang membahayakan ini akan menutup segala peluang dan ruang.
  3. Larangan ini adalah merupakan salah satu kaedah mitigasi risiko di dalam mengahadapi aturan kehidupan harian. 
  4. Islam tidak mengikat kita agar menjadi penakut daripada mengambil sebarang tindakan yang berisiko.
  5. Tidak juga melepaskan tanpa apa-apa perikatan yang menyebabkan kita menjadi terlampau berani, sambrono serta bertindak secara membuta tuli. 
  6. Sebaliknya jalan ‘wasati’ (pertengahan) adalah pilihan terbaik dengan meletakkan mitigasi yang sepatutnya bagi mengurangkan risiko kegagalan dan meningkatan peluang kejayaan. 
  7. Kemusnahan atau terkorban adalah bukan hanya bermaksud kehancuran fizikal semata-mata tetapi juga perkara-perkara yang menyebabkan kemusnahan peluang, perasaan, kebolehan, pengalaman dan pelbagai lagi yang berbentuk tidak fizikal. 
  8. Dalam menghadapi situasi yang tidak pasti tentang bahaya tidak sesuatu perkara, maka sebaiknya untuk kita berhati-hati dengan berjalan dengan lebih perlahan, mata lebih awas dan hati sentiasa menilai dan mencari perkara yang tersirat dan tersurat dalam setiap tindakan.

No comments: