(1) Di antara bandaraya yang pusatnya terdapat masjid besar sebagai salah satu daripada bangunan ikonik.
(2) Masjid ini menjadi pusat rujukan sekurang-kurangnya sebagai penanda lokasi (landmark) bagi menunjukkan kedudukan sesuatu tempat di sekitar Bandaraya Shah Alam.
(3) Masjid ini adalah antara pusat penggerak (vibrant) kepada aktiviti yang mengaktifkan bandar ini serta menjadikan bandar ini sebagai bandar hidup.
(4) Kedamaian bandar Shah Alam terasa setiap kali Azan Solat dilaungkan lima (5) kali sehari di mana Azan tersebut dapat didengari di sekitar pusat bandar ini.
(5) Peranan masjid ini seolah-olah sebagai jantung kepada tubuh badan yang mengalirkan darah kepada seluruh tubuh manusia.
(6) Semakin lemah masjid ini maka semakin lemahlah bandar ini sebagaimana lemahnya diri insan apabila jantung semakin lemah berdenyut.
(7) Kerana itu, penting untuk kita bersama-sama untuk menghidupkan masjid ini.
(8) Keaktifan masjid ini tidak cukup dengan kehadiran mereka berjawatan tetap seperti imam, bilal dan siak semata-mata tetapi ia adalah juga peranan kita untuk bersama mereka menghidupkan masjid ini.
(9) Sokongan ini menjadikan kita insan memperolehi dua penghasilan iaitu sebagai orang yang menghidupkan masjid dan orang yang di'hidup'kan akhiratnya sebagai ganjaran usaha atas amal dunianya.
No comments:
Post a Comment