Berjinak-jinak dlm sistem pelaburan mutual fund/unit trust sebagai agent sungguhpun dah lebih lima (5) tahun menjadi pelabur melalui skim pengeluaran EPF akaun satu. Selama tempoh menjadi pelabur saya tidak pernah terfikir utk bertanya lebih memandangkan saya sering dikhabarkan bahawa pelaburan tersebut adalah menguntungkan dan sememangnya ada keuntungan yg dicatatkan.
Kini, setelah berjinak-jinak sebagai agent maka bermulalah siri baru untuk mentelaah dan mendalami secara lebih terperinci berkenaan mutual fund ditambah pula dengan peluang untuk mempromosikan pelbagai fund yang wujud di Malaysia serta tidak terikat dengan hanya satu mutual fund company semata-mata. Kerana itu, teknik perbandingan kualiti menjadi pilihan bagi memberi pilihan yang terbaik kepada pelabur.
Perkara pertama yang mengejutkan ialah apabila ditunjukkan prestasi syarikat mutual fund famous berada ditangga agak ketengah berbanding syarikat-syarikat lain yang kurang dikenali.
Bila dilihat secara details didapati sememangnya syarikat famous ini mempunyai jumlah dana yang paling banyak berbanding syarikat-syarikat yang tidak dikenali. Namun bila dibandingkan dengan performance syarikat famous ini agak tercorot.
Ada terbaca komen kawan-kawan dengan katanya "memanglah fund kecik senang nak perform berbanding fund yang besar sbb lagi besar fund lagi sukar nak manage" alasan yang sama juga diberi oleh kawan-kawan yang lain dengan katanya lagi besar sesuatu fund lagi tinggi risikonya.
Saya masih tercari-cari jawapan berfakta sbb dalam beberapa tahun terkini saya diajar agar sesuatu hujah itu disokong oleh fakta yg dikeluarkan oleh sumber berautoriti. Pencarian demi pencarian dengan pelbagai kaedah dan akhirnya kajian akademik menjadi jalan penyelesaian.
Kajian-kajian yang telah dibuat oleh pakar seperti Stein (2002) dan Joseph Chen et. all secara tak langsung menyokong hujah-hujah yang diberikan oleh kawan-kawan. Mereka berpendapat 'fund size' (saiz dana) ada memberi kesan kepada 'performance' sesuatu dana tersebut.
Hujah-hujah mereka boleh disingkatkan sebagai:-
(1) dana yang dikawalselia oleh seorang pengurus adalah lebih senang untuk distrategikan berbanding dana-dana yang mempunyai ramai pengurus. Ini tidak bermaksud pengurus berseorangan adalah lebih berkualiti di dalam memproses data-data tsurat pelaburan (hard information) tetapi berseorangan adalah lebih berkualiti di dalam menilai fakta-fakta tersirat (soft information).
Ramai pengurus menyebabkan sesuatu keputusan itu perlu dibuat berdasarkan fakta tersurat semata-mata dan mengabaikan yang tersirat. Stein (2002) juga berpendapat pelaburan yang dibuat oleh 'solo managed fund' akan fokus kepada bidang-bidang yang dikuasai dan lokasi-lokasi yang dikenali.
(2) Dana-dana besar mempunyai kelebihan di dalam melakukan aktiviti pemasaran secara agresif berbanding yang kecil. Kerana itu, bagi memastikan dana-dana kecil ini terus relevant, mengekalkan pelabur serta daya tari, maka pengurus-pengurusnya akan sedaya mungkin membina kekuatan 'performance' dana dengan analisa yang teliti dan pemilihan pelaburan yang tepat.
No comments:
Post a Comment