Sunday, August 14, 2016

Pelaburan Amanah atau Unit Trust

Pelaburan Amanah atau Unit Trust

Bila orang sebut emas bagus untuk melabur sekarang ni, maka mulalah hati tergerak untuk mencari jalan agar dapat turut serta di dalam pelaburan ini. Ingin melakukan demikian kerana bimbang akan menyesal dikemudian hari kerana gagal bertindak dengan sepatutnya menyebabkan pada masa hadapan kita ketinggalan daripada sudut kewangan.

Bertemu pula dengan mereka yang terlibat di dalam pelaburan hartanah. Pelbagai kaedah diceritakan mereka dengan macam-macam kelebihan menyebabkan hati turut juga tergerak untuk sama-sama menyertai pelaburan ini. Namun modalnya tidak sedikit dan tambahan pula kelayakan pembiayaan bank sudah melepasi takat lulus dengan kata lain bank mampu 'reject' sebelum pembiayaan dipohon.

Terserempak pula dengan mamat pakar saham. Diceritanya yang pelaburan dalam syarikat A telah meningkat sebanyak 25% berbanding masa dia melabur dua (2) bulan lalu. Bunyi macam seronok sebab macam senang aje dia kaut 25% dalam dua bulan. Tak perlu bayar upah sapa-sapa kecuali 'brokerage fee' yang agak rendah. Namun sebahagian besar terma pelaburan saham yang disebut-sebutnya seperti bearish, bullish, hold, sell dan buy adalah asing serta sukar difahami.

Memerhati kembali mana satu pelaburan yang sesuai. Hartanah memerlukan modal besar untuk membayar deposit, kos stamping, guaman dan banyak lagi. Begitu juga dengan pelaburan emas di mana risiko penjagaan, kehilangan dan kecurian juga agak tinggi. Manakala saham pula memerlukan ilmu, pengalaman dan emosi yang tinggi bagi membolehkan sesuatu pelaburan itu dibuat dengan kaedah tepat.

Pelaburan Amanah atau Unit Trust

Pendek kata dengan segala kelemahan dimiliki, hampir kesemua pelaburan adalah tidak sesuai. Walau bagaimanapun, di sana terdapat satu kaedah pelaburan moden dikenali sebagai unit amanah (unit trust) yang membolehkan seseorang itu melabur dalam pelbagai bidang bergantung kepada kehendak dan kemampuan pelabur tersebut. Modal pelaburan rendah membolehkan seseorang itu melibatkan diri dalam industri yang sekiranya dibuat secara langsung adalah tinggi dan berisiko.

Contohnya begini, kita mungkin berkeinginan untuk melabur di dalam industri hartanah dengan membeli seberapa banyak rumah yang boleh. Namun, modal dimiliki adalah amat terhad. Jadi bagi mendapatkan pendedahan sama dari sudut pasaran, perolehan dan pendapatan, maka kita bolehlah menyertai pelaburan unit trust yang terlibat di dalam industri ini. Kos pelaburan kecil hinggakan ada yang bermodal setakat RM1k sahaja sudah boleh melibatkan dalam industri sana.

Walau bagaimanapun, pelaburan amanah atau unit trust adalah bukan gantian kepada pelaburan hartanah atau apa-apa pelaburan langsung yang lain. Ia berfungsi sebagai pelengkap dan penyeimbang (balancer) kepada pelaburan langsung.

Berminat mengetahui lanjut berkenaan pelaburan alternatif ini, bolehlah pm tepi atau Whatsapp aje ke 0192391201


No comments: