- Memulakan persediaan seawal mungkin. Mungkin boleh dikatakan bahawa perancangan pencen perlu bermula seawal bulan pertama masuk ke alam pekerjaan. Ini bagi membolehkan tempoh yg panjang dimiliki bagi melakukan persediaan tersebut.
- Namun sekiranya masih belum bermula, maka ia belum terlambat untuk memulakannya pada hari ini.
- Menentukan anggaran diperlukan bagi persaraan. Jadikannya logik dan bersesuaian dengan tempoh dan pendapatan kita. Jangan terlampau ambitious dan jangan terlampau kedekut. Berpada-pada dan berwasatiyyah.
- Mempelbagai jenis pelaburan di dalam pelbagai aset. Jangan diletak semua pada berisiko tinggi kelak hangus tiada bersisa. Semua pelaburan adalah baik namun perlu diperhatikan tahap dan takat risiko tersebut.
Manakala, kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dan kaedah menanganinya adalah sebagaimana berikut:
- Gagal untuk review (pertimbangan semula) pembiayaan sedia ada secara berkala. Contohnya, sesudah dikeluarkan akaun 1 EPF utk pelaburan unit trust dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dilakukan 'review' sama ada oleh diri sendiri ataupun agen. Andaian sepenuhnya bahawa dia telah selamat dan bergerak secara sendirinya.
- Ingat bahawa urusan pelaburan kita adalah tanggungjawab kita untuk mengetahui secara mendalam. Jangan dibiarkan dengan anggapan ia akan berbunga dan berbuah secara automatik. Pemerhatian perlu diberikan tetapi bukan dengan 'extra-care'.
- Jangan pandang remeh kepentingan kos kesihatan di masa tua. Anda mungkin sihat hari ini namun tiada siapa yang tahu pada masa mendatang.
- Memahami secara mendalam cabaran pelaburan dan menimbang tara kesan dan akibat bagi setiap tindakan.
Sumber : The Edge 30th July 2018
---------
Islamic Investment?
Call us or whatsapp to Hashim at
whatsapp hashim
Email : hashim.hasic@gmail.com
Blog: hshiyuti.blogspot.com
No comments:
Post a Comment