Ada seorang Iran migrate ke UK dengan sebatang kara melalui Turkey sebagai negara persinggahan bagi membolehkan dia mendapat hak utk memasuki negara tersebut. Sesampai di Turkey dia stranded di situ selama lebih sebulan.
Setiap hari lelaki ini akan ke kedutaan UK di turkey bagi urusan dokumentasi namun setiap hari beliau pulang dengan tangan kosong dan perasaan kecewa. Ini kerana faktor geopolitik Iran yg tidak stabil dan tidak ada referral sebagai kenalan serta rujukan.
Semasa di Turkey, dia menetap di sebuah lodger yg digunakan oleh immigrant yg senasib sepertinya.
Pada suatu hari, dia sempat menegur seorang makcik tentang sudah berapa lama berada di situ dan tujuannya. Makcik ni menjawab yg dia sudah 4 tahun berada di situ dengan tujuan sama seperti dirinya.
Pemuda ini terkejut bagaimana makcik ini mampu bertahan sabar dan tabah bagi tempoh 4 tahun sedangkan dia sudah mula merasa penat, frust dan kecewa.
Makcik memberitahu yang kebanyakkan yg ada di lodger tersebut adalah rata2nya melebihi satu tahun. Ini menambahkan lagi keterujuannya utk mengetahui apakah kekuatan yg menyebabkan mereka mampu bertahan.
Makcik memberitahu bahawa mereka semua beranggapan yg setiap hari adalah hari baru bagi mereka. Setiap hari sentiasa menjanjikan harapan baru dan peluang baru untuk dicuba dan diterokai. Masalah semalam tidak perlu dikira sebagai masalah carry forward sebaliknya anggaplah ia cabaran baru hari ini utk diselesaikan pada hari ini.
Inilah rahsia yang membawa lelaki ini ke UK dan menjadikan beliau sebagai usahawan berjaya pada akhirnya.
No comments:
Post a Comment