Tidak salah untuk seorang usahawan melihat mereka di sekeliling sebagai pembakar semangat. Ia boleh memberi keterujaan dan lebih pemahaman yang mungkin kita tidak tahu sebelum ini. Mungkin memberi peluang kepada kita untuk membetulkan dan memantapkan apa yang kita lakukan sekiranya ada yang lebih baik.
Ia adalah peluang untuk memantapkan ilmu, membina jaringan dan mengeratkan ukhuwwah. Ilmu, jaringan dan ukhuwwah adalah aset perniagaan yang terbina bukan atas modal wang ringgit dan keupayaan (al-qawiyyun) tetapi di atas dasar kepercayaan, maruah dan harga diri (al-amin). Ia terbina bermodalkan masa, kesungguhan dan keikhlasan
.
Tidak salah untuk seorang usahawan memerhati mereka di sekeliling namun ianya perlu secara berkadar dan terhad. Tidak boleh melampaui batas kerana kelak akan menimbulkan resah dan gelisah. Resah apabila timbul rasa kurang senang dengan tahap pencapaian sendiri, terasa rendah berbanding mereka di sekeliling yang telah jauh ke depan. Gelisah apabila rasa sesal dengan apa yang diusahakan tidak tercapai sebagaimana orang lain.
No comments:
Post a Comment