Banyak keadaan
harga sesuatu barang ditentukan oleh persepsi. Anggapan sesuatu barang itu
mahal apabila diberi packaging yang baik dan berkualiti. Manakala, pembungkusan
yang biasa-biasa akan turut memberi gambaran bahawa produk itu juga adalah
biasa-biasa.
Sheikh Abu Al-Fadhl
Jaafar Ibn Ali Al-Dimashqi dalam bukunya bertajuk ‘Al-Isharah Ila Mahasin
Al-Tijarah’ menyatakan bahawa nilai hasil lombongan adalah lebih mahal apabila
ia telah memasuki pasar-pasar mewah berbanding semasa dikeluarkan dari
lombongan’
Persepsi memainkan
peranan penting dalam menentukan nilai sesuatu perkara. Namun tidak dilupakan nilai
asli zat barangan tersebut di mana zatnya telah mempunyai nilai tertentu. Manakala
persepsi pula adalah nilai tambahan (add-on value) yang membezakan di antara ‘good
perception’ vs ‘bad perception’.
Oleh sebab itu,
kita hendaklah sentiasa ‘preserve good perception’ pada setiap produk dan service
yang ditawarkan bagi membolehkan ia mempunyai ‘add-on value’ di atas nilai asal
(original value) produk dan service yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment