Showing posts with label Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Ilmu. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Duduk Bersamamu Ustaz

Duduk bersamamu Ustaz Zainuddin Ismail

Alhamdulillah setelah hampir sepuluh tahun tidak bersama guru, hari ni dapatlah bersamanya. Antara perkongsian beliau untuk tempoh lebih 3 jam tersebut (9.30 am-12.50 tengahari) ialah :

(a) andai ilmu ada secupak tapi biarlah adab/akhlak ada seguni.

(b) tazkiyatun nafs dan penyucian hati adalah antara perkara penting di dalam insan pendakwah.

(c) tanggungjawab dakwah dan penyebaran ilmu adalah tugas yang tidak punya noktah. Tanggungjawab itu adalah tanggungjawab tanpa henti tidak kira individu itu adalah peniaga (attaajir assoduk) atau seorang ilmuan.

(d) ulama setempat yang lama seperti tok guru hj loh lubuk tapoh, tok guru hj ya tok sakut dan ramai lagi adalah tokoh-tokoh penyatu ummah yang ketiadaan mereka menampakkan sedikit kecelaruan. Ketokohan  jelas terpampang pada diri mereka. Ketokohan tersebut digarap daripada proses dan latihan yang pelbagai.

(e) golongan pendakwah perlu memahami waqi'iah dan persekitaran. Alangkah rugi sekiranya dakwah terhenti disebabkan mempertahankan pendirian yang kecil hinggakan terhalang untuk menyebarkan Islam yang lebih luas.

(f) imam abu hanifah adalah seorang ulama yang juga merupakan seorang peniaga.

(g) dikatakan bilangan sahabah semasa hajjatul alwada' adalah berjumlah ratusan ribu. Kemanakah kubur2 mereka ini? Andaikata di baqi' seramai 10000 orang dan di makkah, dan taif 10,000 maka ke manakah yang berbaki, jawabnya mereka bertebaran di umi Allah di dalam menyampaikan dakwah.

(h) dibacakan oleh beliau berkenaan hadith agar disampaikan apa yg disampaikan Rasulullah SAW agar orang yang mendengar lebih hafaz dan ingat berbanding orang yang hadir.

(i) dakwah salaf dan khalaf ada persamaan di dalam mendapatkan keredhaan Allah.

(j) alangkah rugi kiranya seorang yang alim lagi soleh tapi tidak dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Inilah insan yang ditemui pagi ini http://m.youtube.com/watch?v=xa2Dyul0KIU&desktop_uri=%2Fwatch%3Fv%3Dxa2Dyul0KIU

Sunday, April 15, 2012

Ilmu dan Amalan Soleh

Allah SWT berfirman:
(ومن أحسن قولا ممن دعا إلي الله وعمل صالحا وقال إنني من المسلمين (فصلت: 33
“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri”

Sebaik-baik pertuturan adalah seruan ke jalan Allah, seruan bagi melakukan amalan soleh dan pengisytiharan tentang kemusliman diri. Perkara ini adalah bersifat ‘inclusive’ di mana ianya tidak terhad kepada para ilmuan, penyeru, pendakwah mahupun siapa sahaja tetapi ianya bersifat terbuka dan 'dibenarboleh' kepada semua individu, yang penting ianya hendaklah berasaskan ilmu yang selari dengan apa yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Ayat di atas juga menggalakkan agar wujudnya suasana ilmu di kalangan muslimin. Suasana ilmu yang menggalakkan ke arah semakin kenal seorang hamba kepada tuhannya. Ilmu di mana seseorang itu mengetahui betapa kerdilnya diri ini berbanding sempurnanya Allah SWT. Ilmu yang membawa seseorang itu menjadi lebih yakin dan hampir kepada Allah bukannya ilmu yang semakin lama semakin jauh kita dariNya.

Ilmu agama adalah asas di dalam mengenali Allah SWT dan ilmu-ilmu lain adalah cabang yang membawa hampirnya seseorang itu di dalam mengenali ciptaan Allah dan menghampirkan diri kepadanya. Kombinasi ilmu agama dan ilmu-ilmu lain yang diamalkan akan menghasilkan masyarakat yang bertamadun dan bersifat sempurna.

Walau bagaimanapun, ianya tidak terikat dengan ruang masa yang sekejap. Ianya adalah proses yang berterusan dan usaha kearahnya adalah bernilai biarpun ia harus melalui ruang waktu yang panjang. Pepatah lama Cina berbunyi “Andai inginkan kebahagian setahun, semailah benih, andai inginkan kebahagian sepuluh tahun, tanamlah pokok dan andai inginkan kebahagian seratus tahun, didiklah manusia’ (Belajar Dari Perjanjian Hudaibiyah, Hepi Andi Bastoni, Ogos 2010)