Showing posts with label Kuliah Maghrib. Show all posts
Showing posts with label Kuliah Maghrib. Show all posts

Friday, October 30, 2015

Diskusi Maghrib 29/10/2015

Semalam semasa diskusi maghrib di surau Ar-Rayyan, saya ada menyebut bahawa kita di dalam sokongan ke arah perlaksanaan sesuatu usaha ke arah kebaikan dan agama hendaklah jangan menjadi seperti batu-batu yang tersusun untuk menghalang kelancaran arus air hingga menyebabkan ia tidak laju meluncur tetapi hendaklah berusaha untuk turut membina momentum agar kelancaran tersebut bertambah dan terus mara.

Contohnya di dalam sistem perbankan Islam yang mana sokongan penuh mesti diberikan terutama apabila usaha terpencil telah bertukar menjadi satu sistem ditambah pula dengan usaha gigih para pengkaji yang telah melangkaui puluhan tahun. Janganlah pula kita menjadi halangan dengan membina persepsi tanpa asas dengan tuduhan-tuduhan tidak ilmiah yang cukup sekadar keratan video ataupun cebisan tidak puas hati tanpa di dasarkan kepada maklumat ataupun ilmu yang benar. 

Sungguhpun nampak membina namun andai ia hanya sekadar sekatan tidak bersistem maka risiko dan impak adalah tinggi. Sebaiknya bantulah ia untuk tumbuh bukan dipotong tunas dengan harapan si tunas bertukar menjadi dahan.....

Wednesday, September 09, 2015

Kuliah Maghrib 08 September 2015

Perkongsian di surau Apartment Seri Ixora, Seksyen 27, Shah Alam untuk kuliah Maghrib 08 September 2015 berkenaan 'Keindahan Islam yang Berupa Perintah-Perintah Allah' adalah sebagaimana berikut:-

(1) Perintah untuk pemurnian akidah dengan semata-mata bertauhid kepada Allah Azzawajalla dan tidak disertakan pensyirikkan dengan apa sekalipun.

(2) Perintah untuk menghormati orang tua, menghubung silaturrahim dan menghormati jiran tetangga.

(3) Perintah untuk saling tolong menolong dan lengkap melengakapi.

(4) Perintah untuk mendahului ucapan salam sesama Muslim. Ucapan tersebut adalah sebaik-baik ucapan kerana ia mengandungi doa keselamatan di antara sesama kita. Sebaik-baik 'greeting' ialah doa dan bukan semata-mata ucapan 'hi' atau 'hello' yang tiada unsur doa di dalamnya.

(5) Perintah untuk menziarahi yang sakit, mengikuti jenazah ke kuburan dan mendoakan sesama Muslim.