Semalam semasa diskusi maghrib di surau Ar-Rayyan, saya ada menyebut bahawa kita di dalam sokongan ke arah perlaksanaan sesuatu usaha ke arah kebaikan dan agama hendaklah jangan menjadi seperti batu-batu yang tersusun untuk menghalang kelancaran arus air hingga menyebabkan ia tidak laju meluncur tetapi hendaklah berusaha untuk turut membina momentum agar kelancaran tersebut bertambah dan terus mara.
Contohnya di dalam sistem perbankan Islam yang mana sokongan penuh mesti diberikan terutama apabila usaha terpencil telah bertukar menjadi satu sistem ditambah pula dengan usaha gigih para pengkaji yang telah melangkaui puluhan tahun. Janganlah pula kita menjadi halangan dengan membina persepsi tanpa asas dengan tuduhan-tuduhan tidak ilmiah yang cukup sekadar keratan video ataupun cebisan tidak puas hati tanpa di dasarkan kepada maklumat ataupun ilmu yang benar.
Sungguhpun nampak membina namun andai ia hanya sekadar sekatan tidak bersistem maka risiko dan impak adalah tinggi. Sebaiknya bantulah ia untuk tumbuh bukan dipotong tunas dengan harapan si tunas bertukar menjadi dahan.....
No comments:
Post a Comment