Showing posts with label aurat. Show all posts
Showing posts with label aurat. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Perempuan tidak menyerupai lelaki dan lelaki tidak menyerupai perempuan

Hukum alam dicipta dengan begitu indah iaitu adanya pasangan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Penciptaan ini membolehkan masyarakat berkembang biak dari satu generasi kepada generasi yang lain. Perkembangan ini menjadikan insan di dalam sesuatu zaman itu sebagai mata rantai yang menghubung satu pertalian ummat yang tersusun.
Islam menyediakan hukum yang cukup jelas di dalam menjaga perkembangan sunnah alam ini secara tersusun. Di dalam perihal berpakaian, seorang lelaki adalah diharamkan untuk berpakaian menyerupai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Sungguhpun syarat menutup aurat telah dipenuhi namun hukumnya tetap haram. Umpama seorang lelaki yang mengenakan baju kurung, melitupi kepala dengan kerudung serta mengenakan segala aksesori perempuan, sungguhpun pada dasarnya ia telah menyempurnakan penutupan aurat, namun ia masih lagi haram pada syarak.
Hadith menyerupai perempuan
Perkara ini nampak ringan secara zahirnya namun Islam memandangnya sebagai kesalahan yang serius serta mengenakan hukum haram yang mana impaknya adalah amat besar iaitu boleh memasukkan seseorang ke dalam nerakaNya yang amat dahsyat. Keseriusan ini menggambarkan betapa Islam begitu menjaga kemuliaan dan hak sesuatu seksologi seseorang. Serta menjauhi sebarang kemungkinan yang menghampirkan seseorang individu itu untuk berlawanan dengan hukum fitrahnya. Cara berpakaian begini juga adalah sebagai ikhtiar untuk mengelakkan seseorang insan itu daripada lahirnya perasaan suka sesama pasangan sejenis dan membawa kepada masalah ‘gay’ dan ‘lesbian’.

Ketidak sesuaian untuk perempuan berpakaian seperti lelaki dan sebaliknya adalah umpama sebuah motosikal yang dikenakan dengan aksesori motokar atau sebaliknya. Sudah pasti ianya tidak sesuai sungguhpun dari segi saiznya ia dapat disesuaikan. Masyarakat tidak akan menamakan motosikal tersebut sebagai namanya lagi tetapi ia akan dikenali sebagai motorsikal ubahsuai. Begitu juga seorang lelaki yang berpakaian perempuan, dia tidak akan dikenali sebagai lelaki sempurna lagi tetapi akan dinamakan sebagai lelaki ubahsuai. Jadi di sana hilanglah jati diri dan rosaklah nama yang sempurna.

Sunday, June 16, 2013

Aurat

Aurat itu adalah batasan,
Batasan untuk lelaki dan juga wanita,
Batasan halal dan haram,
Batasan untuk menjaga hak dan keutamaan,
Batasan khas untuk mereka yang istimewa.

Aurat itu adalah benteng,
Benteng yang menghalang hak dari dicerobohi,
Benteng dari dosa dan durjana,
Benteng dari hina dan maksiat,
Benteng untuk menjaga mulia dan hikmat,

Aurat itu perintah Ilahi,
Menjaga aurat itu mematuhi perintah,
Menjaganya di dunia, Allah menjaga penjaganya di akhirat.....