Hukum
alam dicipta dengan begitu indah iaitu adanya pasangan yang terdiri daripada
lelaki dan perempuan. Penciptaan ini membolehkan masyarakat berkembang biak
dari satu generasi kepada generasi yang lain. Perkembangan ini menjadikan insan
di dalam sesuatu zaman itu sebagai mata rantai yang menghubung satu pertalian
ummat yang tersusun.
Islam
menyediakan hukum yang cukup jelas di dalam menjaga perkembangan sunnah alam
ini secara tersusun. Di dalam perihal berpakaian, seorang lelaki adalah
diharamkan untuk berpakaian menyerupai perempuan dan begitu juga sebaliknya. Sungguhpun
syarat menutup aurat telah dipenuhi namun hukumnya tetap haram. Umpama seorang
lelaki yang mengenakan baju kurung, melitupi kepala dengan kerudung serta
mengenakan segala aksesori perempuan, sungguhpun pada dasarnya ia telah
menyempurnakan penutupan aurat, namun ia masih lagi haram pada syarak.
Hadith
menyerupai perempuan
Perkara
ini nampak ringan secara zahirnya namun Islam memandangnya sebagai kesalahan
yang serius serta mengenakan hukum haram yang mana impaknya adalah amat besar
iaitu boleh memasukkan seseorang ke dalam nerakaNya yang amat dahsyat.
Keseriusan ini menggambarkan betapa Islam begitu menjaga kemuliaan dan hak
sesuatu seksologi seseorang. Serta menjauhi sebarang kemungkinan yang
menghampirkan seseorang individu itu untuk berlawanan dengan hukum fitrahnya.
Cara berpakaian begini juga adalah sebagai ikhtiar untuk mengelakkan seseorang
insan itu daripada lahirnya perasaan suka sesama pasangan sejenis dan membawa
kepada masalah ‘gay’ dan ‘lesbian’.
Ketidak
sesuaian untuk perempuan berpakaian seperti lelaki dan sebaliknya adalah umpama
sebuah motosikal yang dikenakan dengan aksesori motokar atau sebaliknya. Sudah
pasti ianya tidak sesuai sungguhpun dari segi saiznya ia dapat disesuaikan.
Masyarakat tidak akan menamakan motosikal tersebut sebagai namanya lagi tetapi
ia akan dikenali sebagai motorsikal ubahsuai. Begitu juga seorang lelaki yang
berpakaian perempuan, dia tidak akan dikenali sebagai lelaki sempurna lagi
tetapi akan dinamakan sebagai lelaki ubahsuai. Jadi di sana hilanglah jati diri
dan rosaklah nama yang sempurna.
No comments:
Post a Comment