Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Iman dan Hati

Iman berkurang dan bertambah,
Iman bertambah dengan usaha dan iman berkurang dengan alpa,
Usaha atas iman menghasilkan tunas taqwa,
Usaha atas taqwa mewujudkan ihsan,

Hati selagi tidak mati akan berisi,
Jika iman diisi syaitan lari,
Jika nafsu diisi syaitan penuhi,

Bertapa syaitan dihati berparut,
Bila insaf hati kalut,
Bila menyesal kepala serabut,
Tapi parut dosa boleh tercabut,
Dengan taubat penyesalan 'se-laut'

Jangan dibiar dosa berulang,
Kerana kelak akan berakar,
Akar sifatnya mencengkam memegang,
Payah dicabut sampai ke dasar,

Tapi Allah Maha Pengampun,
Dari segala dosa dan silap
Mohonlah agar tidak berulang, bercambah dan berbiak...

Monday, July 15, 2013

Doktor Hati

Pelik sungguh dengan penciptaan jantung hati,
Sains mengatakannya sebagai pusat kawalan dan jagaan tubuh badan manusia,
Unsur darah, urat dan saraf adalah bahasanya,
Peranannya nampak pada fizikal dan dirasai juga oleh fizikal,
Ia berjisim, berbentuk dan bergetar.
Tapi islam melihat jantung hati lebih dari itu,
Ia jadi pusat kawalan baik dan buruk, 
Unsur penilaian, perasaan dan harapan adalah bahasanya,
Tidak dapat ditengok dan dipegang tetapi cukup jelas dirasai pemiliknya dan cukup terang kepada PENCIPTANYA
Jika jantung hati sakit pada fizikal, dirawatnya juga fizikal, 
Diubat, dibedah dan dipulihkan oleh para doktor dan pakar,
Tapi jika jantung hati sakit pada nurani, maka rawatannya bukan lagi fizikal,
Kekerasan menjadikan hati keras, kelembutan menjadikan hati lunak,
Hati ditawan dengan perasaan,
Aqal diperintahkan dengan hujjah,
Gabungan hujjah dan perasaan itu adalah bahasa agama,
Kerana itu agama adalah doktor hati,
Merawat dengan kelunakkan dan menegakkan dengan tunjang fakta,

Itulah dia jantung hati, punya fizikal yang penting dan punya ruh yang utama….

Sunday, September 30, 2012

Cetusan Hati dan Bicara Jiwa

subhanallah, maha hebat Allah yg menciptakan hati. Ianya boleh menjadi selembut sutera dan juga boleh menjadi sekeras batu. Andai disedari hati sudah keras jd lembutilah dgn istiqamah dan konsistensi. Kerana yg hitam dicuci x kan putih sekaligus....

Ucapan nasihat yg terhasil dr manifestasi amalan peribadi dan lahirnya dr lubuk hati penutur akan memberi kesan yg lebih mendalam kepada penerimanya.


Manifestasi cinta pada Allahkan lahir tatkala hati bermujahadah mencari dan mendekati Allah pemilik sekelian alam. Semakin kuat kita mencari semakin cepat dan dekat kita peroleh.ia bukan umpama mencari barang yg hilang yg kekadang akan terjumpa dan kekadang hilang ghaib....


Pandang luaran untuk menafsir dalaman. Kerana luaran adalah terjemahan dalaman. Biasanya isi yg cantik digambarkan dgn luaran yg indah, tp kekadang ada yg sebaliknya....


Tanpa pernah rasa pahit, takkan pernah rasa manis....bila biasa sihat makanan yg mahal dirasa tak ada harga...tp bila sakit, air masak pun amat berharga....


sejarah para nabi dan mereka yg terdahulu daripada datangnya Rasulullah SAW adalah hanya diketahui dan disahkan tepat sekiranya disandarkan oleh nas Al-Quran dan hadith Rasululllah SAW....selain daripada itu, kesahihannya adalah tertolak...


Letaknya rasa bukan pd makanan tp pd kenyangnya, letaknya kaya bukan pd harta tp pd kepuasannya


Aku pelik dgn hati, kekadang ianya keras, kekadang ianya lembut, kekadang ianya lunak dan kekadang ianya semak. Tp ianya hanya seketul darah. Tp aku lebih pelik dgn Tuhan yg menciptakan hati itu... YA ALLAH YA TUHAN YG MEMBALIK2KAN HATI, KEKALKANLAH HATI INI PD AGAMA MU


Jika zikir sama dgn sifir, maka sebutannya ringan dihujung lidah, tapi andai zikir adalah bahasa hati yg bergetar dihujung lidah maka impaknya berat di mizan akhirat


A teacher can bring us to stream but he can not force us to drink.....


Allah SWT adalah tempat untuk mengadu, tidak ada halangan dan rintangan di dalam pengaduan, hijab tersingkat dan aduan terus pd Ilahi tanpa adanya pengantara dan penapis. Jadi serulah pada Allah SWT yg maha mencipta.....