Pelik sungguh dengan penciptaan jantung hati,
Sains mengatakannya sebagai pusat kawalan dan jagaan tubuh badan
manusia,
Unsur darah, urat dan saraf adalah bahasanya,
Peranannya nampak pada fizikal dan dirasai juga oleh fizikal,
Ia berjisim, berbentuk dan bergetar.
Tapi islam melihat jantung hati lebih dari itu,
Ia jadi pusat kawalan baik dan buruk,
Unsur penilaian, perasaan dan harapan adalah bahasanya,
Tidak dapat ditengok dan dipegang tetapi cukup jelas dirasai pemiliknya
dan cukup terang kepada PENCIPTANYA
Jika jantung hati sakit pada fizikal, dirawatnya juga
fizikal,
Diubat, dibedah dan dipulihkan oleh para doktor dan pakar,
Tapi jika jantung hati sakit pada nurani, maka rawatannya bukan
lagi fizikal,
Kekerasan menjadikan hati keras, kelembutan menjadikan hati lunak,
Hati ditawan dengan perasaan,
Aqal diperintahkan dengan hujjah,
Gabungan hujjah dan perasaan itu adalah bahasa agama,
Kerana itu agama adalah doktor hati,
Merawat dengan kelunakkan dan menegakkan dengan tunjang fakta,
Itulah dia jantung hati, punya fizikal yang
penting dan punya ruh yang utama….
No comments:
Post a Comment