Seorang Ketua bukan hanya sebagai kepala kepada satu badan tetapi beliau adalah replika kepada satu badan.
Konteks ketua bagi sesuatu organisasi adalah
bukan hanya berperanan untuk mengepalai sesuatu rombongan atau puak. Tetapi ia
lebih daripada itu, dia bertanggungjawab untuk ;mengreplikakan dirinya sebagai
keseluruhan kepada organisasi tersebut. Tubuhnya dan jiwanya adalah tubuh dan
jiwa organisasi. Rupa luaran dan dalamannya adalah selari dan serasi dengan rupa
luaran dan dalaman organisasi. Pendek kata, ketua adalah organisasi yang hidup,
bergerak dan berehat.
Ini dibuktikan dengan perlaksanaan yang
dilakukan oleh Rasulullah SAW di dalam mencerminkan Islam. Rasulullah SAW
adalah individu yang mengamalkan dan menghayati Islam. Gambaran tentang Baginda
adalah gambaran tentang Islam itu sendiri. Akhlak Baginda adalah perlembagaan
Islam iaitu Al-Quran sebagaimana hadith A’ishah r.a.:
قالت عائشة لما سئلت رضي الله عنها عن
خلق النبي عليه الصلاة والسلام ، قالت : ( كان خلقه القرآن) صحيح مسلم.
“Telah berkata A’isyah
R.A tatkala ditanya berkenaan akhlak An-Nabiyy alaihi solatu wassalam, beliau
berkata: (Akhlaknya adalah Al-Quran)”
diriwayatkan di dalam Sahih Muslim.
Ibnu Kathir di dalam tafsirnya
menjelaskan : yang dimaksudkan di sini ialah sesungguhnya Rasulullah SAW
mengumpakan dirinya dengan Al-Quran dari sudut suruhan dan larangan, (adab) dan
akhlak. Apa yang diperintahkan di dalam Al-Quran dilaksanakannya dan apa yang
ditegah ditinggalkannya. Ini adalah struktur asas yang diciptakan Allah ke atas
Rasulullah SAW dari sudut malunya, kemuliannya, keberaniannya, kelembutannya
dan keseluruhan akhlak-akhlak yang indah.
Berdasarkan huraian di atas dan
kesesuaian di dalam meng’applied’kan ke dalam konsep
berorganisasi, seorang ketua hendaklah menterjemahkan dirinya sebagai gambaran
kepada organisasi. Contoh asas mungkin boleh dilihat bagaimana Richard Branson
dengan Virgin Airwaysnya, Tony Fernandes dengan Air Asianya dan Steve Job
dengan Applenya. Sungguhpun sukar untuk menterjemahkan keserasian jenama kepada
pemiliknya tetapi jika diperhatikan, akan terdapat kesecocokan dan kesefukukan
di antara jenama dan individunya.
No comments:
Post a Comment