Tahajjud
adalah merupakan salah satu ibadah sunnah utama yang dicanangkan Rasulullah SAW
kepada ummahnya untuk diusahakan. Ianya bermula sesudah solat isya’ sehingga
masuknya fajar subuh, namun waktu yang terbaik untuk dilaksanakan adalah pada
sepertiga terakhir malam. Waktu ini adalah waktu kemuncak ketenangan buat ramai
orang dan ianya adalah ruang yang amat lunak untuk seorang hamba berbicara,
bermunajat, berzikir dan bertadabbur mengenai ciptaan dan hikmah Allah SWT.
Mengulangkaji
dan mendalami ilmu yang mahmudah juga termasuk di dalam mentadabbur dan
berfikir mengenai ciptaan Allah SWT. Namun ibadah khusus seperti solat tahajjud
dan witir hendaklah didahulukan kerana ianya adalah sebahagian amalan sunnah
Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya:-
Hadith marfu’ (hadith yang sanadnya terus kepada Rasulullah SAW),
diperkhabarkan oleh Jarir, daripada Abd Malik bin Umair, daripada Muhammad bin
Muntashir, daripada Hummaid Bin Abd Rahman, daripada Abu Hurairah, sesungguhnya
(Rasulullah SAW) ditanya: apakah solat yang lebih afdal selepas daripada solat
fadhu dan apakah puasa yang lebih afdal selepas daripada puasa pada bulan
Ramadhan: maka (Rasulullah SAW) bersabda : Sebaik-baik solat selepas solat
fardhu ialah solat (tahajjud) seorang lelaki di tengah malam, dan sebaik-baik
puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram.
Andai kita terpilih untuk sedar dan bangun ditengah malam dan
sebaik-baiknya disepertiga akhir malam, maka alangkah baik untuk kita
mengamalkan ibadah ini. Sebahagian besar para ahli agama (Islam) mengamalkan ibadah
ini dan impaknya akan dirasakan oleh pengamalnya insya Allah.
Indahnya Islam ini kerana pada waktu yang mustajab inilah minda
kita berada dalam status yang segar dan bersedia untuk memproses
maklumat-maklumat baru yang bakal diperolehi atau mengulangkaji proses-proses
lama yang telah terdaftar di dalam minda selepas semalaman proses ‘resetting’
dilakukan semasa tidur. Keadaan yang ‘fresh’ dapat diperolehi sekiranya
seseorang itu melakukan kesediaan yang betul iaitu dengan tidur lebih awal dan melakukan ‘deep
sleep’ yang sepuas-puasnya.
Selain daripada usaha
seseorang untuk mendapatkan ilmu, Allah SWT juga menyediakan ruang di sepertiga
akhir malam tersebut untuk dia memohon apa sahaja kepada Allah SWT termasuk
untuk memudahkan dirinya faham dan memperolehi ilmu yang bermanfaat. Rasulullah
SAW juga turut bersabda :-
Maksudnya:-
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari di dalam
sahihnya daripada hadith Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda
: Turun tuhan kita (Allah SWT) pada setiap malam ke langit dunia pada sepertiga
akhir malam (dan) berfirman : sesiapa yang mendoakan kepada aku, maka aku
perkenankannya, sesiapa yang memohon kepadaku, maka aku anugerahkannya, sesiapa
yang memohon keampunan kepadaku, maka aku ampuninya, dan di dalam setengah
riwayat (adakah daripada pemohon taubat, maka aku ampuninya) dan di dalam yang
lain (sesiapa yang memohon rezeki daripada ku dan aku (berikan) rezeki padanya,
sesiapa yang memohon untuk mengelakkan mudarat dan aku elakkannya, tambah
(imam) Muslim, (sehingga datangnya fajar)
No comments:
Post a Comment