Wednesday, June 05, 2013

ABCD

Seorang guru pakar kaunseling di dalam keadaan sakitnya yang agak teruk telah mengajar tentang teori ABCD di mana A ialah Avent, B ialah Belief, C ialah Consequences dan D ialah Dispute. Teori ini adalah berperanan dalam menangani krisis.

Avent ialah krisis atau satu tragedi yang dihadapi oleh seseorang yang mana peristiwa tersebut akan memberi kesan kepada kehidupannya. Kemudian Belief akan membentuk kepercayaan dan keyakinan kepada persepsi seseorang yang mana ianya akan membentuk 'acceptance' atau 'rejection' kepada peristiwa yang berlaku. 'Avent' dan 'Belief' akan menghasilkan 'consequence' atau kesan yang mana ianya boleh mengarahkan kepada kebaikan atau menterbalikkan kepada keburukan. Sekiranya kesan yang buruk terhasil, di sanalah peranan 'Dispute' untuk membetulkan kembali abc yang negatif itu.

Yang paling teras di dalam ke empat-empat kategori tersebut ialah 'B' di mana ianya berfungsi sebagai sistem penakulan mantiq dan penjelasan logikal di samping 'religious centric' yang akan meletakkan pergantungan sesuatu perkara kepada kententuan Ilahi.

P/s tips ini dikongsi beliau pada 2nd May 2013

credit ditujukan kepada cikgu Taifor Mahyidin yang pada masa ini sedang berperang untuk melawan kanser....syafahullah....

Untuk makluman ex smuapm pmr 1995 .....cikgu taifor pernah menyampaikan kursus motivasi di sekolah pada masa tersebut....pakat-pakat doakan beliau untuk kesihatan dan kekuatan

No comments: